Mata Encik Hadi tidak berkelip memandang Encik Marzuki yang datang bersama isteri dan beberapa orang kawannya. Pasti ada hajat yang dibawa. Kalau tidak takkan ramai pula yang datang.
"Aku datang ni, besar hajatnya Hadi. Aku datang ni nak merisik anak perempuan kamu..." ujar Encik Marzuki. Betul tekaan Encik Hadi sebelum ini.
Sebenarnya Encik Marzuki sudah lama mengenali Encik Hadi. Sebelum ini mereka juga tinggal di kampung itu. Oleh kerana ditukarkan bekerja di bandar , dia dan keluarganya berpindah. Namun sesekali mereka akan berjumpa.
"Ini kawan- kawan business aku. Aku saja bawa mereka datang tengok tengok kampung kita ni. Ini Azam , dan yang ini Hanif..." Marzuki memperkenalkan dua orang kawannya itu.
Puan Natrah meletakkan air minuman. Dia ada terdengar mengenai merisik. Tertanya dia di dalam hati , mereka hendak merisik anak mereka yang mana. Dia juga tidak menumpukan sangat pada kedua lelaki separuh umur yang datang bersama Encik Marzuki dan isterinya. Cuma dia ada terdengar nama Azam dan Hanif. Mana satu dia tidak dapat meneka sebab dia ke dapur menyediakan minuman. Sudah separuh perbincangan baru dia ke ruang tamu menghidangkan minuman.
"Nak merisik untuk siapa?" Encik Hadi bertanya.
"Untuk Hanif..." balas Puan Hasnah isteri Encik Marzuki.
Terdiam Encik Hadi dan Puan Natrah. Mata Encik Hadi bertemu mata dengan kawan- kawan Encik Marzuki. Puan Natrah juga terkedu, tidak tertanya yang mana satu Hanif.
Kawan-kawan Encik Marzuki hanya tersenyum mengangguk.
"Bagilah kami masa untuk berbincang . Nanti kami maklumkan ye ?." balas Encik Hadi.
Kenapalah lelaki yang seusia dia dibawa Encik Marzuki merisik anaknya yang muda belia itu.
"Tak payahlah fikir bang. Sesuai lah tu dengan si Laila. Terima ajelah bang," sampuk Puan Natrah tiba- tiba.
"Tak mengapalah Puan Natrah. Berbincang lah dulu dengan anak puan. Kami boleh aje tunggu." ujar Encik Marzuki lagi.
Selepas merisik, Encik Marzuki, Puan Hasnah dan kawan- kawan Encik Marzuki meminta diri untuk melawat sekitar kampung itu.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
Encik Hadi memandang geram akan isterinya itu. Jika tidak diingatkan sayang bini, memang hendak ditangankan sahaja. Namun sudah terlambat kerana selama ini dia yang memanjakan dan membelai terlebih sangat. Jadi sekarang isterinya itu sudah naik kepala. Kata orang seperti kaduk naik junjung. Semua keputusan ikut kepala dia sahaja.
"Alah abang... terima je lah pinangan yang datang... jangan duk memilih sangat. Anak abang tu pun bukannya cantik sangat.," Sesuka hati saja Puan Natrah mengutuk. Mentang-mentang itu hanyalah anak tirinya , jadi tidak diambil kisah akan kebahagiaan gadis itu.
"Habis anak awak tu cantik sangat..." berang sungguh Encik Hadi bila anaknya dikutuk.
Mereka sudah menjadi seperti anjing dan kucing berbalah bab anak.
"Anak saya, saya kata cantiklah... Lagipun anak saya kan serupa saya. Awak terpikat saya pun sebab cantikkan?" Ternyata Puan Natrah tidak mengalah.
"Dah anak awak cantik, bagilah dia bertunang dulu... kenapa nak paksa anak saya pulak?" balas Encik Hadi bengang.
"Issh, tidak ler saya nak bagi anak saya kawin dengan orang tua..." Puan Natrah berkata dengan bibir yang terjuih-juih . Ingat cantiklah tu.
Mendengus geram Encik Hadi mendengar jawapan isterinya. Nak marah lebih-lebih pun nanti malam, tak pasal-pasal kena tidur di luar. Sudahlah isterinya itu masih bergetah. Maklumlah isteri muda. Dia berkahwin setelah kematian isterinya beberapa tahun lepas . Puan Natrah seorang janda yang agak muda yang diceraikan suaminya.. Mempunyai seorang anak bersama bekas suami iaitu Najwa.
YOU ARE READING
Ratu hatiku Laila (Completed)
RomanceCover author @karlisXXX. Kisah seorang gadis kampung yang melarikan diri pada hari pernikahan bersama lelaki yang dicintai. Laila Azwa! Memang inilah nama dan wajah yang sering menghantui dirinya setiap detik. Bencinya bersebab. Sekarang aku tida...