32|Pulang

21.9K 1.1K 42
                                    

Mexican Bun yang sudah siap dibakar di dalam oven disusun kemas di dalam bakul rotan. Melihat saja makanan kesukaan Eddie ini membuatkan rindu pada lelaki itu semakin menebal.

Banyak-banyak jenis roti dalam dunia ni, kenapalah Bonda Tya minta dia untuk membuat roti yang boleh mengingatkan dia pada Eddie. Baru satu hari lelaki itu tiada di istana, Diana sudah menjadi tidak keruan.

Hatinya meronta-ronta mahu menghubungi lelaki itu kerana dia terlalu merindui Eddie. Berapa kali iphone yang di hadiahkan oleh Eddie padanya dibalingkan ke katil apabila dia berkira untuk menelefon lelaki itu. Dia takut dengan respon yang akan diberikan oleh Eddie. Dan dia juga enggan menyakitkan hati sendiri.

Tapi dia rindu jadi macam mana tu?

'Haih D, orang dah tak suka kau. Kenapalah kau masih terhegeh-hegeh macam ni? Sedar sikit diri kau tu.' Kepalanya diketuk berkali-kali.

"Diana, dah siap ke?" kemunculan suara Bonda Tya dari pintu dapur memeranjatkan Diana.

"Hah? Hmm dah ibu." Diana angguk kecil.

"Sedapnya bau." puji Bonda Tya dan mendekatkan hidungnya untuk mencium aroma Mexican Bun hasil air tangan Diana.

Diana hanya tunduk sambil tersenyum kecil.

"Patutlah Eddie selalu puji masakan Diana kalau borak dengan ibu. Lagi-lagi roti ni. Sampai dia tak nak dah makan Mexican Bun yang ibu beli dekat kedai bakery. Katanya Mexican Bun Diana ni paling sedap di dunia." cerita Bonda Tya.

Aduh, Eddie lagi. Diana mengeluh dalam hati.

'Janganlah sebut nama Eddie, ibu. Orang tengah rindu ni.' teriaknya dalam hati.

Tak pasal-pasal dia menangis di situ pula nanti.

"Ibu nak buat apa dengan roti ni?" tanya Diana. Sengaja mahu tukar topik.

Kalau boleh sebarang cerita yang berkaitan dengan Eddie tidak harus dibincangkan lagi-lagi di depannya.

"Ibu nak pergi pekan petang ni. Roti ni ibu bawa untuk ibu sedekahkan dengan penduduk pekan dekat situ." jelas Bonda Tya sambil menyusun lebihan Mexican Bun di atas tray ke dalam bakul rotan tadi.

"Oh." Diana angguk kepala.

"Diana nak ikut ibu? Ajak Lin sekali. Ibu tahu Diana bosan kan tak ada kerja di istana?" pelawa Bonda Tya.

"Boleh, ibu. D pun lama tak keluar jalan-jalan pergi pekan." jawabnya sedikit teruja.

Suasana menjadi sepi seketika.

"Ibu..." panggil Diana tiba-tiba setelah mereka asyik melakukan kerja.

Bonda Tya memalingkan wajahnya menunggu Diana meneruskan perbualan mereka.

"Boleh tak kalau D minta cuti 3 hari mulai esok? Diana lama dah tak balik kampung ayah. Nak jenguk rumah ayah sekejap. Boleh tak, ibu?" tanya Diana perlahan sambil tunduk.

Entah kenapa tiba-tiba idea itu terlintas di fikirannya. Lagipun sejak akhir-akhir ini rindu pada mendiang ayah dan ibunya sering menjengah di hati. Mungkin dengan cara ini dapat melepaskan sedikit kerinduan di hatinya.

Bonda Tya senyum.

"Diana dah tanya Eddie?" soal Bonda Tya pula.

Diana tunduk lagi. Kepalanya menggeleng perlahan.

"Kenapa tak tanya Eddie dulu?" tanya Bonda Tya lagi.

Diana diam. Berat mulutnya untuk menjawab pertanyaan itu.

"Sebab Diana takut Eddie tak akan benarkan Diana balik kampung? Betul kan?" Bonda Tya cuba menduga.

Diana masih senyap. Nampaknya Bonda Tya dapat meneka jawapan yang sedang bermain di fikirannya.

DIANA Where stories live. Discover now