2| D I A N A

24.8K 1.1K 66
                                    

"Ibu!"

Diana terus berlari mendapatkan Puan Janet yang duduk di dalam penjara besi tersebut.

Besi yang menjadi penghalang membuatkan Diana tidak dapat memeluk ibu yang selalu dirinduinya selama ini.

"Ibu sihat? Ibu ada sakit apa-apa ke?" wajah Puan Janet dibelai dengan lembut.

Jatuh simpati dia melihat keadaan Puan Janet sekarang. Wajah awet muda Puan Janet sudah mula di mamah usia.

Ibunya sudah tidak seperti dahulu lagi. Dulu, Puan Janet adalah seorang wanita berusia yang sangat menjaga penampilan diri. Namun berbeza apa yang dilihat oleh Diana sekarang.

Puan Janet tidak ubah seperti pengemis yang sudah beberapa tidak menemui makanan dan bakal menunggu ajal menjemputnya. Wajah ibunya yang cengkung serta tubuhnya yang kehilangan isi membuatkan hati Diana dipagut rasa simpati.

Hanya sekelip mata fizikal Puan Janet berubah sedrastik dan seteruk ini setelah satu tahun Diana dan ibunya berpisah. Perubahan yang berlaku pada Puan Janet memberikan gambaran pada Diana bahawa betapa ibunya sakit menanggung derita selama dia berada di istana ini.

"Maafkan Diana, ibu." air mata Diana tidak mampu di tahan lagi.

"Diana buat apa kat sini sayang? Ibu dah cakap jangan cari ibu lagi." Puan Janet juga turut menangis sambil menyeka air mata anak gadisnya.

Dia tidak menyangka Diana akhirnya ditemui oleh pihak istana setelah satu tahun gadis itu berjaya menyembunyikan diri. Puan Janet enggan derita yang ditanggungnya turut dirasai oleh Diana.

Cukup dia yang terseksa. Jangan Diana.

Anak gadis kesayangannya.

"Diana tak mahu biarkan ibu menderita sorang-sorang di sini. Diana nak selamatkan ibu. Diana janji kita akan lari dari sini secepat mungkin ya." beritahu Diana meyakinkan Puan Janet.

Esakannya semakin bergema di ruang penjara bawah tanah tersebut.

"Kau dengan mak kau tak akan pergi ke mana-mana sebab aku akan pastikan manusia syaitan seperti kau berdua akan mati di sini."

Satu suara garau memecahkan babak sedih Diana dan Puan Janet.

Diana menoleh ke belakang. Kelihatan Tengku Martin dan Aubriella sedang menjamahnya dengan pandangan yang tajam.

"Aubriella!"

Diana terus berlari ke arah Aubriella yang berdiri di sebelah pemilik suara tadi.

"Aubriella. Aku merayu pada kau. Tolong lepaskan ibu. Kau hukum saja aku. Tapi tolong jangan seksa ibu." Diana menangis memeluk kaki Aubriella.

"Jangan sentuh Puteri Kerajaan Grandbell dengan tangan kotor kau tu!" Martin terus menolak Diana sehingga belakang tubuh gadis itu terdorong melanggar penjara besi.

"Selepas apa yang kau dah buat pada Aubriella, kau nak dia lepaskan manusia keji seperti kau berdua ni semudah itu?!" jerit Martin kuat.

Aubriella masih mendiamkan diri dan tidak sekalipun matanya memandang Diana mahupun Puan Janet.

Evening gown warna coklat pastel yang dikenanya serta mahkota yang tersemat indah di kepala Aubriella betul-betul menampakkan gadis yang pernah diseksa oleh Diana dan Puan Janet adalah seorang Puteri Raja Kerajaan Grandbell.

Aubriella sudah kelihatan sungguh bahagia sekarang. Tubuhnya juga semakin berisi. Tidak seperti di mana dia hidup menderita bersama mereka berdua dahulu.

"Aku akan pastikan kau dengan mak kau terima balasan yang setimpal." ugut Martin lagi.

"Kau seksa isteri aku macam dia bukan seorang manusia. Sekarang aku nak kau rasa apa yang Aubriella tanggung selama ni." hambur Martin penuh rasa benci.

DIANA Where stories live. Discover now