48| D I A N A

24.4K 1K 16
                                    

"Lepaskan saya." Diana meronta kuat.

"Saya tak nak pergi sana. Kenapa awak suka sangat paksa saya? Let me go now." cubaan untuk melepaskan diri gagal. Kudrat Liam yang mengheretnya sukar untuk ditandingi.

"Jangan keras kepala, D. Apa salahnya kalau awak join kitaorang sekali?" Liam tiba-tiba berhenti.

"Saya tak nak. Kalau dia ada, saya tak akan pergi sana. Awak ni kenapa? Dah berkomplot dengan Tengku nak sakitkan hati saya lagi ke?" marah Diana.

Rosak segala moodnya hari kerana ajakan si Liam agar dia menemani Emir ke taman bersama Eddie.

Tapi bagi Diana ini bukan satu ajakan tapi lebih kepada paksaan. Dari kedai bunga dia diheret sehingga ke sini oleh Liam.

Eddie tu pun satu. Dia dah siap ugut lelaki itu tempoh hari agar tidak datang ke sini lagi. Namun, masuk hari ini sudah dua minggu berturut-turut Eddie bersama Kaizer sering berkunjung ke rumahnya.

Alasannya mahu bertemu dengan Emir. Hampir setiap hari juga Diana mengamuk disebabkan kedatangan Eddie. Tapi semua itu tiada guna. Eddie tetap akan ke sini tanpa rasa malu. Liam pun satu. Asyik nak menangkan si Eddie sampaikan Diana hampir putus asa mahu bertekak dengan Eddie atau Liam.

"Tolong fikir sikit pasal Emir. Awak tak kesian dekat dia? Dua tahun dia membesar tanpa ayah. Tanpa keluarga yang lengkap seperti orang lain. Awak tak nak ke bagi peluang untuk Emir supaya dia boleh rasa semua tu?" terang Liam masih cuba memujuk Diana.

Nampaknya dia belum cukup mengenali Diana. Gadis ini boleh tahan juga keras kepalanya.

"Selama ni pun dia dah rasa semua tu. Dia tak perlukan Eddie. Awak ada untuk dia. Awak sayang Emir macam anak kandung awak sendiri. Dia dah dapat kasih sayang yang secukupnya dari kita." balas Diana.

"Ya, D. Betul. Saya memang sayangkan Emir macam anak saya sendiri. But still, saya bukan ayah kandung dia. Itu kenyataan yang awak harus terima. Emir masih perlukan kasih sayang dari ayah kandung dia sendiri. Begitu juga Eddie. Dia perlukan Emir. Awak tak ada hak nak pisahkan Eddie dengan Emir. They need each other. Sampai bila awak nak pisahkan Emir dari Eddie? Awak nak kalau Eddie buat benda yang sama pada awak?" penjelasan Liam membuatkan Diana terus diam.

Memang benar apa yang diperkatakan oleh Liam. Akal fikirannya yang waras mengiyakan semua itu. Namun hatinya yang masih terluka sepertinya mahu membawa Emir pergi jauh dari Eddie.

"Jom." tangan Diana diraih semula.

Tubuh Diana masih mengeras. Wajah Liam dipandang dengan riak kosong.

"Jangan lah macam ni. Emir mesti gembira kalau awak pun ada di sana." pujuk Liam.

"Jom?" perlahan tangan Diana di tarik lagi.

Dengan langkah yang berat, Diana diam mengekori Liam sehingga lah mereka tiba di taman.

Kelihatan Eddie sedang bermain bersama Emir di taman dan kedengaran juga gelak tawa comel Emir memeriahkan susana taman pada petang itu.

Tanpa sedar bibir Diana mengukir senyuman kecil.

"Emir, looks who's here!" jerit Eddie setelah menyedari kedatangan Diana di situ.

Senyuman Diana terus hilang sebaik saja mendengar suara Eddie. Kepalanya dipalingkan ke arah lain enggan memandang lelaki itu.

"Emir seronok ya main dengan daddy?" Liam menghampiri Eddie dan Emir.

Emir yang menyedari kedatangan Diana di situ lalu berjalan dengan langkah kekok mendekati Diana. Wajah anak kecil itu tersenyum melihat Diana.

"Hi, sayang mummy!" tubuh Emir di bawa ke dalam dukungannya. Satu ciuman di hadiahkan pada pipi montel Emir.

DIANA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang