Segala persiapan majlis sudah diselesaikan. Diana, Lin dan Lucy mengukir senyuman kepuasan melihat hasil kerja mereka menyiapkan majlis sempena meraikan hari jadi Emir.
Hari ini umur Emir genap masuk 2 tahun. Rasanya seperti semalam Emir dilahirkan dan kini anak kecil itu semakin membesar dengan sihat.
Masa terasa sangat pantas berlalu. Sepanjang kehidupan Diana, lahirnya Emir merupakan perkara paling terindah yang pernah berlaku di dalam hidupnya.
Emirlah penyebab kepada Diana untuk terus kuat.
"D, mana birthday boy kita? Tak pun nampak dari tadi?" soal Lucy menyusun makanan di atas meja.
Majlis hari jadi Emir hanya disambut secara kecil-kecilan. Hanya keluarga rapat dan teman-teman terdekat saja dijemput untuk memeriahkan majlis anak kecil itu.
"Kalau petang-petang macam ni jangan mimpi lah kau nak tengok Emir tu dekat rumah. Liam dah bawa dia pergi main dekat taman. Tak bawa nanti menangis pula." jelas Diana.
Sudah menjadi rutin Emir sampaikan kalau satu hari tidak ke sana, Emir akan merengek, menangis tak henti.
Haih, menyesal pula setiap hari bawa budak kecik tu pergi sana.
"Kenapa kau tak ikut sekali?" tanya Lin apabila dia muncul di ruang tamu.
"Malas. Lagipun siapa nak tolong korang berdua siapkan majlis si Emir ni?" jawab Diana lagi.
"Malas ke marah?" Lin datang menghampiri Diana lalu melanggar bahu gadis itu.
"Dah kenapa pula aku nak marah? Marah dengan siapa?" Diana mengangkat kening.
"Marah dengan Liam lah. Berlakon pula Cik Diana kita ni." sampuk Lucy turut menyertai Diana dan Lin di sofa.
"Mana ada aku marah. Aku okay je lah." Diana membela diri.
Lin dan Lucy saling bertentang mata mendengar jawapan Diana tadi. Bibir mereka dicebik mengejek Diana.
Mereka tahu tentang peristiwa di mana Eddie menemui Emir tempoh hari. Dan sejak dari hari itu, Diana kelihatan dingin apabila berada bersama Liam.
Mungkin gadis itu masih marah dan merajuk pada Liam disebabkan hal itu.
"Kau tak payah lah nak merajuk dengan Liam tu lama-lama. Kesian pula aku tengok dia tu tau. Macam-macam benda Liam dah buat supaya kau nak bercakap dengan dia lagi. Haih, dah macam suami isteri bergaduh pula aku tengok." Lucy menggeleng kepala.
Diana ni memang lembut hati orangnya. Tapi kalau dah datang perangai keras kepala dia, baling batu dekat kepala dia sekalipun batu tu boleh hancur.
Diana hanya mendiamkan diri tidak membalas. Wajah Lin dan Lucy dikerling tajam.
Memang benar. Rasa marah itu masih ada setiap kali melihat Liam. Tapi apabila difikirkan lagi kenapa harus Liam menjadi mangsa amarahnya? Lelaki itu tidak bersalah. Eddie yang salah. Eddie yang tiba-tiba muncul kembali di dalam hidupnya.
Kenapa setelah dia hampir mahu melupakan Eddie, lelaki itu hadir semula? Apa lagi yang Eddie mahukan dari dia setelah hatinya sudah benar-benar hancur disebabkan lelaki itu?
Tidak puaskah Eddie melukakan hatinya selama ini?
"Bila Liam datang nanti, kau layanlah dia baik-baik. Selama ini Liam lah yang selalu ada dengan kau. Kalau nak dibandingkan aku dan Lucy ni, terlalu besar pengorbanan Liam untuk kau dan Emir. Kau tengok macam mana cara dia layan Emir. Aku rasa bapa kandung Emir sendiri pun tak akan dapat menandingi apa yang Liam dah buat untuk Emir." sempat Lin menyindir.
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...