Sinaran cahaya kecil di sebalik langsir putih yang menampar wajah Diana membuatkan dirinya tersedar dari lena yang panjang. Mata dicelik perlahan dan bibirnya terus mengukir senyuman kecil setelah terlihat susuk tubuh sedang lena di sebelahnya.
Lengan Eddie yang memeluk kejap pinggangnya dibelai lembut.
"Morning, husband." bisik Diana perlahan. Bibir Eddie dikucup sekilas. Sengaja dia enggan mengejutkan lelaki itu kerana dia tahu Eddie pasti keletihan.
Kepala Diana berpaling pula ke arah meja kecil bersebelahan dengan katil untuk menilik jam.
8:00 a.m
Dah pagi rupanya.
Diana membaringkan semula badannya dalam posisi mengiring untuk menghadap Eddie. Jemarinya bermain di sekitar wajah lelaki itu. Diana tersenyum sendiri. Baginya, Eddie kelihatan lebih kacak apabila sedang tidur. Mungkin kerana wajah tenang Eddie ketika tidur yang membuatkan wajah itu menjadi kegemaran Diana.
Sebelum ini Eddie yang dikenalinya hanya beriak tegang. Jarang sekali bibir Eddie mengukir senyuman lagi-lagi apabila bersamanya. Namun kini, senyuman yang dilihatnya sering hadir milik lelaki itulah yang menjadi pemandangan paling indah buat Diana.
Deringan iphone Eddie di atas meja itu menyentakkan Diana. Pantas Diana bangun dengan berhati-hati dan tangannya terus menggapai iphone tersebut. Sebaik saja melihat nama pemanggil, hati Diana terasa pedih.
Rachel.
Nama itu yang tertera pada skrin iphone milik Eddie seolah-olah menyedarkan Diana tentang sesuatu.
Tidak lama lagi, Eddie bukan hanya miliknya seorang. Dia bukan lagi menjadi keutamaan Eddie satu-satunya. Dan mungkin suatu hari nanti tiada lagi cinta Eddie untuk dirinya.
Ah, sangkaannya itu semakin melukakan lagi hati sendiri. Namun begitu, Diana harus bersedia jika semua itu benar-benar berlaku. Mungkin nanti luka yang dia harus hadap tidak terlalu menyakitkan.
Mungkin?
Diana mengeluh perlahan. 35 missed call dari Rachel pada skrin iphone itu direnung. Pasti sekarang Rachel sedang risau dengan keberadaan Eddie. Yalah, siapa saja yang tidak risau? Jika dia berada di tempat Rachel pun Diana pasti akan risau setengah mati.
Iphone tadi diletakkan semula di atas meja. Perlahan kaki Diana turun dari katil tanpa menghasilkan sebarang bunyi dan pergerakan ketara agar tidak mengganggu tidur Eddie. Diana berniat untuk turun ke bawah dan meninjau rumah itu seperti yang diperkatakannya malam tadi. Mungkin itu mampu menghiburkan hatinya.
Baju sweatshirt di atas lantai disarung semula pada tubuh.
Langkah kaki Diana menuruni anak tangga dan sebaik saja tiba di tingkat bawah Diana membawa dirinya melawati di setiap sudut rumah itu. Bibir Diana mengukir senyuman nipis kerana kagum melihat dekorasi rumah itu dari ruangan hadapan sehingga ke dapur.
Cantik! Elegan!
Tidak henti-henti Diana memuji di dalam hati. Alangkah indahnya jika suatu hari nanti dia dan Eddie dapat tinggal bersama di sini selama-lamanya dan membina keluarga kecil mereka.
Namun, Diana tahu semua itu hanya angan-angan yang membuatkan dirinya semakin terluka. Seperti yang Diana pernah katakan dulu, Eddie seakan dekat namun lelaki itu sebenarnya terlalu jauh untuk dimiliki.
Perkahwinan ini tidak cukup mengikat mereka untuk bersama. Diana dapat rasakan ada sesuatu yang menjadi penghalang buat mereka. Tapi apa?
Ah, biarlah. Diana menggeleng kepala.
Dia enggan menyesakkan fikirannya tentang hal ini dulu. Ya. Saat ini biarlah dia berbahagia bersama Eddie. Diana mahu memberi peluang pada hatinya untuk merasai kebahagiaan ini bersama lelaki yang paling dia cintai.
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...