"Sayang?"
Panggilan itu diseru apabila melihat ruangan tilam disebelahnya kosong tanpa wanita kesayangan sebaik saja mata dicelik.
Eddie bangkit dari pembaringan dan menyandarkan belakang tubuhnya yang sasa itu pada kepala katil. Belakang leher di usap dan sebelah tangan mencapai iphone di atas meja kecil.
7:05 am.
Masih awal.
"Baby?" panggil Eddie lagi setelah panggilan kali pertama tadi langsung tidak di sahut.
Mata meliar mencari kelibat Diana namun ruangan bilik mereka kosong.
Seluar tidur berwarna khakis di atas lantai itu diambil dan terus dikenakan pada kakinya. Eddie keluar dari bilik tidur dan menuruni anak tangga untuk mencari Diana.
Mungkin gadis kesayangannya berada di dapur.
"Gary? Darrell?" terkejut Eddie melihat kehadiran dua orang lelaki itu di meja makan sedang bersantap keriangan di situ.
"Tengku?" serentak Darrell dan Gary angkat dari kerusi lalu menundukkan kepala.
Roti bakar yang masih ada di mulut Gary terus ditelannya sepantas mungkin.
"Kau berdua buat apa di sini? Bila sampai?" soal Eddie kehairanan.
"Tengku kan yang minta saya dengan Darrell datang ke sini dua hari yang lepas. Kami berdua ambil flight malam tadi lepas itu tidur di istana dan awal pagi lagi kitaorang dah terpacak dekat sini jumpa Tengku. Tak sangka pula rezeki kitaorang pagi ini, Cik Puan Diana buatkan sarapan." jawab Gary tersengih.
Darrell hanya diam di situ.
"Mana adab kau berdua datang rumah orang pagi-pagi buta macam ini?" Eddie kelihatan marah.
"Tengku juga yang minta kitaorang datang ke sini awal pagi. Tengku tak bagitahu pun pukul berapa. Kalau lambat Tengku bising pula nanti." jawab Gary lagi.
Eddie menjeling tajam ke arah Gary. Mulut pembantu peribadi Kaizer ini kan dia rasa nak cili-cilikan saja. Ada saja jawapan dia.
"Diana mana?" soal Eddie lagi.
Gary menjongket bahu tanda tidak tahu.
"Saya lihat Cik Puan Diana ada di taman bunga tadi." Darrell pula bersuara.
"Lepas kau berdua makan, tunggu aku dekat bilik bacaan. Tolong tengokkan juga Emir dalam bilik dia." pesan Eddie.
Gary dan Darrell hanya mengangguk.
Setelah itu dia mula melangkahkan kaki lagi untuk mendapatkan Diana di taman bunga.
"Iya Lin. Rasanya kejap lagi stok bunga akan sampai dekat kedai. Kau jangan leka pula nak berjalan sana sini macam hari tu. Aku potong gaji kau nanti." Diana berseloroh di telefon lalu ketawa kecil mendengar Lin memarahinya.
"My baby..."
"Mak kau!" Diana terkejut sebaik saja tangan sasa memeluk pinggangnya dari belakang.
Hampir jatuh iphone dari tangannya.
Wajah dipalingkan ke sisi dan bibir mengukir senyuman.
"Good morning." bisik Eddie di telinga Diana. Setelah itu, leher Diana dikucup berkali-kali.
Lengan Eddie dipukul lalu menggelengkan kepala tanda melarang perbuatan suaminya.
Iphone yang masih berada di telinga ditunding memberikan isyarat kepada Eddie bahawa dia sedang membuat panggilan telefon.
YOU ARE READING
DIANA
RomantizmCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...