50| D I A N A

23.9K 1K 31
                                    

Keluhan kecil dilepaskan entah berapa kali sambil mata Diana meliar mencari kelibat Liam dan Emir di sebalik orang ramai yang berkunjung di taman pada petang itu.

Jam ditilik lagi dan rasanya sudah setengah jam Diana menunggu di bangku panjang berhampiran pokok tinggi ini seperti yang dijanjikan oleh Liam pagi tadi agar mereka berjumpa di sini.

Dan untuk kesekian kalinya juga, Diana cuba menelefon Liam namun tindakannya itu hanya membuatkan hatinya sakit. Liam langsung tidak mengangkat panggilan telefon apatah lagi mahu membalas pesanan ringkas darinya.

"Liam ni memang saja je nak cari pasal dengan aku kan? Tadi kata nak jumpa dekat sini. Dia tak tahu ke banyak lagi kerja yang aku nak kena buat." Diana membebel seorang diri. Dahinya berkerut melihat skrin iphone setelah cubaan untuk menelefon Liam gagal lagi.

Setelah berkira-kira, Diana mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat itu. Dia tahu tindakannya yang masih berharap mahu menunggu kedatangan Liam hanya perkara yang sia-sia. Liam tidak akan muncul. Lelaki itu memang sengaja mahu mempermainkannya mungkin.

Liam ni kan? Memang nak kena.

Tahulah macam mana dia nak kerjakan si Liam tu nanti kalau mereka berjumpa di rumah. Buang masa dia saja.

Namun baru saja kaki Diana mahu melangkah untuk meninggalkan tempat itu, tubuhnya terus menjadi kaku. Kelibat seorang lelaki di hadapannya membuatkan rasa sebal Diana tadi semakin membuak-buak. Tanpa sepatah kata, Diana mempercepatkan langkahnya dan sedaya-upaya untuk menjauhkan diri.

"Diana, wait." lengan gadis it berjaya ditahan.

"Tengku nak apa? Tengku ni memang tak ada kerja lain lagi ke sampai nak ikut saya ke mana saja saya pergi? Saya rimas tahu tak?" marah Diana menjeling Eddie. Tangan Eddie yang menyentuh lengannya ditepis kasar.

"Perasan." balas Eddie selamba.

"Apa yang perasan? Memang betul pun." jawab Diana lagi.

"Liam minta aku jumpa dia di sini. Aku tak sangka pula yang kau pun ada dekat sini juga." jelas Eddie.

Dia menerima pesanan ringkas dari Liam pagi tadi untuk bertemu di sini. Menurut Liam, dia ingin berbicara mengenai Diana dan Emir. Jadi kerana itulah Eddie sanggup meninggalkan pekerjaannya di pejabat dan bergegas ke sini untuk menemui Liam.

Namun setelah tibanya dia di sini bukan Liam yang menunggu kedatangannya. Tetapi Diana. Tuhan tahu sepanjang hari ini dia memang merindui gadis kesayangannya itu. Mungkin sebab itulah mereka dipertemukan di sini.

Terima kasih, Tuhan.

"Liam nak jumpa Tengku? Tapi tadi Liam bagitahu dia nak jumpa sa..." Diana terjeda seketika.

Diana dan Eddie saling berpandangan.

Penjelasan Eddie sebentar tadi membuatkan Diana mula faham tentang sebab Liam ingin membawanya untuk 'bertemu' di sini.

Semua ini pasti sudah dirancang oleh Liam. Ya. Liam bukan mahu bertemu dengannya. Tetapi lelaki itu sengaja memanggilnya ke sini agar dia dipertemukan dengan Eddie.

'Kurang asam punya Liam! Dia ni memang nak kena dengan aku!'

Tanpa berlengah lagi, Diana membuka langkah untuk meninggalkan tempat itu. Dan untuk kesekian kalinya juga, Eddie berjaya menghalang Diana lagi.

"Tengku!" Diana menjerit kecil. Wajahnya merah menahan marah.

Haih, anak raja ni kan? Makin orang tak suka makin itu lah dia gatal nak pegang-pegang orang.

"Aku nak cakap sikit." Ujar Eddie ringkas.

"Tengku nak cakap apa lagi? Hari tu saya dah jelaskan semuanya pada Tengku kan? Saya penatlah nak bertekak dengan Tengku setiap kali kita jumpa. Saya dah buat keputusan saya. Macam apa yang saya bagitahu, Tengku boleh jumpa dengan Emir bila-bila masa tapi..."

DIANA Where stories live. Discover now