42|D I A N A

18.7K 804 65
                                    

Ketukan pada daun pintu dibunyikan sebelum tombol pintu dipulas lalu melangkah masuk ke dalam bilik tidur yang sering dikunjungi. Kekosongan katil Eddie memberikan anggapan pada Diana bahawa lelaki itu mungkin sedang berada di dalam bilik bacaannya.

Dengan menatang dulang yang berisi secawan coffee panas, Diana meneruskan perjalanan ke bilik tersebut. Sebaik saja pintu dikuak perlahan, bibir Diana mengukir senyuman kecil melihat kelibat Eddie yang sedang menelaah buku di atas meja bacaan.

Eddie yang masih fokus didekati dan cawan berisi coffee tadi diletakkan di atas meja. Kaki Diana mula melangkah untuk keluar semula dari situ sebaik tugasnya telah diselesaikan.

"Diana." belum sempat pintu dikuak Eddie memanggil namanya.

"Ya? Tengku nak apa-apa lagi?" tanya Diana pula.

Eddie mengangkat punggung dari kerusi dan menapak menuju di hadapan meja. Punggungnya dilabuhkan pula pada sisi meja sambil menatap wajah Diana yang masih berdiri kaku di hadapan pintu.

"Tengku..." panggil Diana setelah melihat Eddie hanya membisu.

"Come here, sayang." tangan dihulur agar disambut oleh Diana.

Bibir Diana senyum sebelum kakinya menapak semula ke arah Eddie dan menyambut huluran tangan lelaki itu.

Satu ciuman dihadiahkan di pipi Diana. Tubuh gadis itu terus diraihkan ke dalam pelukannya.

Tenang.

Itu yang dapat Eddie rasakan sekarang.

Pelukan Diana sangat mendamaikan.

"Are you okay?" soal Eddie setelah pelukan mereka dileraikan. Rambut hitam Diana yang sedikit menutup wajah anggun gadis itu diselitkan pada telinga.

"Hm." Diana cuma angguk perlahan.

"Aku minta maaf pasal petang tadi." ucap Eddie serba salah.

Tipulah kalau hati Diana tidak terguris mendengar hinaan yang dilontarkan oleh Rachel kepada gadis itu.

"It's okay, Tengku. I'm fine. Lagipun saya dah biasa." balas Diana tenang.

Selama ini pun dia memang di caci jadi telinga Diana sudah lali dengan semua itu.

Dan kalau dengan cara tadi Rachel dapat melepaskan rasa marah terhadap dirinya, Diana hanya akur.

"Tapi aku yang tak okay. Apa yang Rachel cakap pada kau tadi sangat keterlaluan bagi aku. Dia dah lukakan perasaan perempuan yang paling aku sayang. Dan aku tak akan biarkan semua itu berlaku lagi pada kau." jelas Eddie.

Setiap bait kata-kata Rachel masih kedengaran jelas di telinga Eddie. Walaupun bukan dia yang di hina, kesannya terkena di hati Eddie.

"Tak apa, Tengku. Biasalah tu. Manusia kalau dah marah dia tak akan fikir panjang. Bagi masa untuk Cik Rachel tenangkan fikiran dia dulu. Lepastu nanti Tengku dengan dia bincang elok-elok." terang Diana.

"Aku dah bagitahu dia yang aku nak putuskan pertunangan ni." tutur Eddie terus menterbeliakkan mata Diana.

"What?!"

"Kenapa Tengku cakap macam tu? Tengku tak fikir perasaan Cik Rachel ke? How could you!" Diana tolak tubuh Eddie untuk menjauhkan diri.

Perasaan marah mula menjengah setelah mengetahui tindakan keterlaluan Eddie itu.

"Sayang, listen." Eddie cuba menarik tangan Diana namun sempat ditepis Diana segera.

"No! Sampai hati Tengku kan? Kenapa Tengku tak bincang dengan saya dulu? Tengku dah hilangkan diri dari majlis pertunangan Tengku, lepastu satu minggu kita tipu semua orang padahal kita sedang bahagia dekat luar sana. Sedangkan Cik Rachel menderita tanpa dengar khabar dari Tengku. Dan hari ni pula Tengku hancurkan lagi hati Cik Rachel dengan apa yang Tengku dah cakap tadi?"

DIANA Where stories live. Discover now