"Mana rantai tu?!" jerkahan Diana hampir merobohkan rumah agam itu. Wajah Aubriella direnung tajam seakan ada laser yang bakal mencairkan tubuh adik tirinya.
"Jawab soalan aku! Kau pekak ke?!" sekali lagi Diana menjerit marah.
Kebisuan yang ditunjukkan oleh Aubriella benar-benar menduga kesabaran Diana. Gadis itu hanya tunduk dari tadi.
"Kau nak aku halau kau dari rumah ni ke baru kau nak bagitahu aku mana kau simpan rantai tu?" ugut Diana lagi.
Aubriella terus mengangkat kepala bersama gelengannya. Kaki Aubriella terus merangkak menuju ke arah Diana lalu memeluk kedua belah kaki kakak tirinya.
"Kak, saya merayu. Jangan halau saya." Aubriella menangis teresak-esak di kaki Diana.
Tiada lagi tempat untuk Aubriella bergantung jika Diana menghalaunya dari rumah ini. Cuma Diana dan Puan Janet sajalah satu-satunya keluarga yang dia ada.
"Jangan sentuh aku dengan tangan jijik kau tu!" Diana menendang kuat Aubriella dengan kakinya.
Tubuh gadis itu terpelanting sedikit jauh.
"Kalau kau tak nak bagitahu aku mana kau letak rantai tu, biar aku sendiri yang cari." beritahu Diana lalu bergerak menuju ke bilik Aubriella.
"Kak Diana..." Aubriella berusaha untuk bangkit dan mengejar Diana dari belakang.
Sebaik saja tiba di bilik tidur Aubriella, Diana terus membuka almari baju gadis itu. Seluruh pakaian Aubriella disepah dan dibaling ke lantai untuk mencari rantai tersebut.
Setelah Diana gagal menemui rantai itu di dalam almari Aubriella, dia bergerak ke meja solek adik tirinya. Semua laci dibuka dan diselongkar namun rantai itu masih juga tidak dijumpai.
Diana membuka langkahnya ke katil Aubriella pula. Cadar tilam diselak serta sarung bantal dibuka namun hasilnya tetap sama.
Bantal ditangannya dihempas kuat untuk melepaskan geram. Walaubagaimana sekalipun, Diana harus menemui rantai itu juga.
Dia tidak akan sesekali membiarkan Aubriella memiliki atau menyimpan harta milik keluarganya.
Aubriella hanya mampu menangis dan mengekori Diana dari belakang. Dirinya tidak berdaya untuk menghalang perbuatan Diana.
"Kak..." terketar-ketar tangan Aubriella ingin menyentuh bahu Diana.
"Bagitahu aku mana kau sembunyikan rantai tu?!" jerit Diana. Kedua belah bahu Aubriella digoncang kuat untuk memaksa gadis itu membuka mulut.
Perlahan Aubriella menggelengkan kepala.
"M-maaf kak, saya tak boleh bagitahu kakak di mana saya simpan rantai tu. Saya minta ma-..."
"Kau tak ada hak nak simpan rantai tu! Bagi balik rantai tu sebelum aku bunuh kau, Aubriella." Diana tolak kepala Aubriella sehingga badan gadis itu tersungkur di atas lantai.
Aubriella geleng kepala lagi.
"Itu rantai pemberian ayah. Itu satu-satunya harta yang ayah tinggalkan untuk saya lepas Kak Diana dengan Ibu Janet rampas semua harta ayah lepas ayah meninggal." Aubriella berani melawan.
'PANG!'
Satu tamparan kuat hinggap di pipi Aubriella.
"Jaga mulut kau! Aku takkan sesekali benarkan kau simpan rantai tu. Itu rantai aku." Diana membongkok sedikit mendekati Aubriella lalu menarik rambut adik tirinya sekuat hati.
![](https://img.wattpad.com/cover/208347562-288-k59906.jpg)
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...