"Bangun!"
Air yang menampar wajah Diana menyedarkan tubuh dan mindanya yang mati sejak tadi.
"Kau ingat aku ada masa ke nak tunggu kau bangun!" suara jerkahan itu membangkitkan tubuh Diana dari pembaringannya pula.
"Eillias?" panggil Diana.
Anak matanya cuba mengenalpasti susuk tubuh yang berdiri dihadapannya. Kepala Diana yang berpinar ditahan sehabis boleh. Apa yang dia mahu tahu adalah untuk benar-benar memastikan lelaki yang sedang merenungnya dengan tajam itu adalah Eillias.
"Eillias, is that really you sayang?" mata Diana menjadi bundar.
Ya, manusia tinggi lampai dihadapan Diana sekarang ini memang seperti lelaki yang dirinduinya selama ini.
"Eillias!" Diana terus berlari mendapatkan lelaki itu.
Tubuh Eillias di dekap erat. Rindunya pada lelaki ini hanya Tuhan saja yang tahu.
"Saya tak tahu apa yang saya alami sekarang adalah mimpi atau realiti. Tapi saya gembira sangat dapat jumpa awak. I miss you so much, sayang." Diana menangis kegembiraan di dada Elias.
"Perempuan gila!"
Tubuh Diana serta-merta melayang ke lantai.
"Aku bukan Eillias lah bodoh. Dia dah lama mati."
Diana angkat wajahnya yang mencium lantai lalu memusingkan kepala ke arah lelaki itu semula.
Oh, dia salah orangkah?
Jarinya menggosok mata berkali-kali untuk membetulkan deria lihatnya. Mungkin dia sedang bermimpi.
Tapi wajah Eillias masih ada.
Diana menggosok matanya sekali lagi.
Namun wajah Eillias masih juga tidak hilang dari pandangannya.
"Lin, aku bagi masa 3 minit untuk kau bersihkan luka kaki perempuan ni. Lepastu hantar dia ke bilik rehat aku. Lambat, kau dengan perempuan ni aku kerjakan." arahan itu kedengaran tegas dan menakutkan.
Pemberi arahan terus menapak keluar. Hentakan pintu yang menggegarkan dunia itu serentak menghenjutkan tubuh Lin dan Diana.
"Mari, Diana. Aku bersihkan luka kau." Lin terus mendapatkan Diana.
* * * * *
"Well, jadi kau lah kakak tiri sendiri 'Cinderella' tu?" soal Eddie memandang wajah Diana. Kening sebelah di angkat.
Anak matanya menganalisis segala lekuk yang ada pada wajah Diana.
'Apa punya taste lah abang aku ni?'
Diana seakan tidak percaya dengan apa yang dia lihat saat ini. Jadi, ini lah kembar Eillias yang sering dia lihat di dalam kaca tv. Wajah Eddie memang saling tidak tumpah seperti wajah kekasih hatinya.
Namun, yang membezakan mereka berdua adalah riak wajah Eddie sering kelihatan sinis.
"Kau sepatutnya berterima kasih dekat aku sebab hari ni aku dah jadi hero sebab selamatkan kau dari puteri dengan putera kesayangan negara tu." beritahu Eddie bangga.
Diana hanya diam.
"Tapi..."
"Dalam dunia ni, mana ada benda percuma. Kau pun tahu tu." Eddie senyum penuh makna.
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...