46| D I A N A

24.3K 1.1K 89
                                    

"Kai tolong bonda ya?"

Wajah pucat Bonda Tya dipandang penuh rasa simpati. Satu keluhan berat meletus di mulut Kaizer sebaik saja anak matanya dikalihkan ke arah susuk tubuh yang duduk berteleku di bangku panjang itu.

Mata Eddie langsung tidak lekang memandang taman bunga Eillias yang sudah hancur dimusnahkan.

Kaizer mengerti dengan pandangan mata itu.

Pandangan penuh penyesalan.

Hati Kaizer sayu. Melihat keadaan Eddie ketika ini membuatkan Kaizer juga turut merasakan kedukaan yang menyeksa hati lelaki itu.

Kau kuat, Ed.

"Bonda masuk dalam dulu. Kai akan cuba cakap dengan Eddie. Bonda jangan risau ya?" Kaizer cuba menenangkan hati Bonda Tya.

Kaizer tahu wanita itu terlalu risau mengenangkan keadaan Eddie sehingga Bonda Tya sendiri yang jatuh sakit. Bertahun Eddie menyeksa diri sendiri sampaikan orang di sekeliling Eddie juga turut merasakan benda yang sama. Termasuk dia.

Bonda Tya angguk perlahan lalu melangkah pergi meninggalkan tempat itu dengan harapan agar Kaizer dapat menyuntik sedikit semangat buat satu-satunya anak lelakinya.

Kaki Kaizer melangkah mendekati Eddie di bangku panjang itu lalu melabuhkan punggungnya di situ.

"Kai..." Eddie seakan terkejut melihat kehadiran Kaizer di sini.

"Bila kau sampai?" soalnya ringkas.

"Malam tadi." jawab Kaizer pula.

"So how's Malaysia?" tanya Eddie lagi. Saja berbasa-basi.

"So far so good. Tapi itulah. Sejauh mana pun kau pergi, tempat sendiri juga yang best. Aku rindu Grandbell, so aku balik sekejap. Sekali nak lawat bonda Tya dengan kau." jelas Kaizer.

Kaizer dan keluarganya sudah berpindah ke Malaysia sejak setahun yang lepas setelah Kaizer diamanahkan untuk menguruskan syarikat keluarga mereka di sana.

Sejujurnya, hati Kaizer berat untuk meninggalkan Kerajaan Grandbell apabila mengenangkan kondisi Eddie. Tetapi di dalam masa yang sama, dia juga turut menghadapi kekecewaan seperti Eddie.

Hatinya juga harus dirawat. Dan mungkin dengan membawa diri ke Malaysia sedikit dapat menyembuhkan hatinya yang terluka.

Rachel.

Apa khabar gadis kesayangannya itu sekarang?

Kaizer masih rindu.

"Bila kau balik sana lagi?"

"Entah. Mungkin sampai kau dah okay baru aku boleh balik dengan tenang."

Eddie bungkam seketika. Jawapan Kaizer meletuskan decitan sinis di bibir Eddie.

"I will never." Eddie menggeleng kepala.

"Sampai bila kau nak jadi macam ni, Ed?" Kaizer tepuk bahu Eddie.

Hampir setiap hari dia mendengar luahan risau Bonda Tya tentang keadaan Eddie menyebabkan Kaizer mendesak datang ke sini semula untuk menemui Eddie.

Kejadian di mana Eddie cuba membunuh diri malam semalam memaksa Kaizer segera kembali ke Kerajaan Grandbell.

"Go and find her. Kau sendiri pernah bagitahu aku yang tahu Diana ada dekat mana sekarang." beritahu Kaizer.

DIANA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang