"Ibu." panggil Diana lembut.
"Diana?" Puan Janet terkejut dengan kehadiran Diana di penjara bawah tanah tersebut.
"Diana buat apa lagi di sini? Tolong, sayang. Pergi dari sini. Diana balik semula ke rumah rahsia ayah." rayu Puan Janet.
"Tak, ibu. Diana takkan tinggalkan ibu lagi. Sekarang Diana dah kerja di sini. Jadi, setiap hari Diana boleh jumpa ibu." beritahu Diana tersenyum.
Biarlah apa pun yang menimpa dia di istana ini, janji Puan Janet selamat dan dia sentiasa dapat berjumpa dengan ibunya.
"Diana kerja? Kerja apa?" tanya Puan Janet ingin tahu. Dia mulai diserang dengan perasaan risau.
"Mana boleh bagitahu. Tapi ibu jangan risau. Diana akan baik-baik saja." Diana cuba untuk menceriakan keadaan antara dia dan ibunya.
"Yalah Diana. Yang penting, Diana pandai jaga diri." pesan Puan Janet. Tangannya dihulur melalui celah tiang besi penjara itu untuk membelai wajah satu-satunya anak gadisnya.
Dia tahu Diana sedang menanggung beban yang sangat berat. Dan Puan Janet sentiasa berdoa pada Tuhan agar Diana diberikan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
"Ikut kami!"
Dua orang pengawal istana masuk ke dalam penjara Puan Janet dan mengheret orang tua itu keluar.
"Kau nak bawa ibu pergi mana?!" jerit Diana setelah terkejut dengan tindakan kedua pengawal istana tersebut.
Dia berlari untuk melepaskan Puan Janet namun salah seorang dari pengawal tersebut sempat menolak tubuh Diana sehingga belakang badannya melanggar kuat penjara besi tersebut.
"Tak apa, Diana. Sekarang Diana pergi dari sini. Sambung balik kerja Diana ya. Jangan risau pasal ibu." suara Puan Janet semakin tidak kedengaran.
Diana gagahkan kakinya untuk mengejar Puan Janet walaupun kepalanya mula berpinar.
Ibu...
* * * * *"Lepaskan ibu aku!" Diana menolak lelaki yang galak menyebat kaki Puan Janet.
Runtun hati Diana melihat keadaan Puan Janet sekarang. Apa lagi kesalahan yang dilakukan ibunya sehingga Puan Janet dihukum seperti ini?
"Ibu tahan sikit ya. Diana lepaskan ibu." Diana cuba merungkai tali yang diikat pada kedua belah tangan Puan Janet.
Dia tidak sanggup melihat ibunya di seksa seperti ini. Cukup dia seorang yang menanggung kesakitan.
"Ke tepi!" lelaki tadi menarik rambut Diana dan menolak gadis itu sehingga Diana terpelanting jauh ke lantai.
Diana cuba bangkit semula dan melawan lelaki itu. Namun apakan daya, kudratnya berbanding lelaki tersebut seperti langit dan bumi. Sekali lagi, Diana ditolak sehingga wajahnya mencium lantai.
Seorang yang bernama Diana Darian ini bukan wanita yang mudah berputus asa. Dia kembali bangkit dan berlari ke arah ibunya semula.
Tubuh Puan Janet yang terduduk lemah di atas kerusi di peluk erat untuk menghalang lelaki itu terus memukul kaki Puan Janet.
"Keras kepala." bisik lelaki itu geram.
Tanpa rasa peduli, lelaki itu menghayunkan rotan pada tangannya untuk memukul belakang Diana yang menghalang kaki Puan Janet.
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...