54| D I A N A

34.2K 1.2K 117
                                    

6 bulan kemudian...

Berlin, Germany.

Secawan kopi panas di bawa dengan penuh berhati-hati sepanjang perjalanan Diana menuju ke sebuah bilik.

Daun pintu diketuk seketika setelah kakinya tiba di hadapan pintu. Tanpa menunggu respons dari dalam, tangan Diana perlahan memulas tombol pintu lalu melangkah masuk.

Bibir mungilnya automatik menggariskan senyuman kecil sebaik saja melihat susuk tubuh yang sedang memberikan tumpuan terhadap komputer riba.

Usai makan malam bersama sebentar tadi, Eddie langsung tidak berganjak dari bilik ini sehingga sekarang. Semalam katanya, dia mahu menyelesaikan semua pekerjaannya pada malam ini juga. Jadi, Diana mahu memberikan ruang pada suaminya. Emir pun tidak dibenarkan masuk ke sini untuk mengganggu Eddie.

Diana melangkahkan kaki dengan perlahan menghampiri meja Eddie. Tanpa menghasilkan sedikitpun bunyi, Diana meletakkan cawan berisi kopi panas tadi dengan berhati-hati di sebelah komputer riba Eddie.

Setelah itu, Diana berniat untuk melangkah keluar dari bilik kerja Eddie dan menuju ke bilik tidur mereka pula. Matanya juga sudah terasa berat minta direhatkan. Barangkali penat melayan kerenah Emir hari ini.

"Sayang..."

Panggilan lembut itu membuatkan langkah Diana terhenti. Tubuhnya berpaling semula ke arah Eddie.

"Ya?"

"Hantar coffee saja?" soal Eddie senyum.

"Awak nak apa-apa lagi? Saya boleh sediakan untuk awak sebelum saya tidur." balas Diana.

"Saya nak awak boleh?" sengih Eddie manja.

Tawa kecil meletus di bibir Diana mendengar jawapan Eddie.

"Mengada." Diana menggeleng kepala.

Ada saja Eddie ni.

Diana meneruskan langkahnya lagi.

"Sayaaaangggg....." rintih Eddie.

Cemberut wajahnya melihat Diana mula melangkah pergi lagi.

"Ya, Eddie? Ada apa?" sekali lagi langkahnya terhenti gara-gara Eddie.

Haih, mula lah tu buat perangai dia.

"Saya nak awak. Sini lah kejap. Nak peluk." tutur Eddie manja. Tangannya di depa luas menunggu Diana mendekatinya di kerusi itu.

Bersama gelengan kepala, Diana mengorak langkah menghampiri Eddie seperti permintaan lelaki itu.

"Duduk sini." Eddie tepuk ribanya sebaik saja Diana berdiri tepat dihadapannya.

Tanpa banyak bicara, Diana melabuhkan punggung di atas riba Eddie. Kedua belah tangannya merangkul leher lelaki itu.

"My heaven." Eddie merangkul erat pinggang ramping Diana. Kepalanya dilabuhkan di atas dada Diana yang sedikit terdedah.

Degupan jantung Diana serta kehangatan tubuh gadis itu memberikan perasaan tenang di dalam diri Eddie. Hilang segala penat dan lelahnya di dalam pelukan isteri tercinta. Tiada tempat yang tenang di dunia kecuali berada di samping Diana.

"Lama-lama peluk saya ni, kerja awak dah siap ke?" soal Diana memecah kesunyian.

Sesekali matanya dikerling ke arah komputer riba milik Eddie yang masih bercahaya.

"Sikit lagi. Saya nak rehat sekejap." pinggang Diana semakin dipeluk erat.

"Siapkanlah sekarang. Nanti awak tidur lewat lagi. Dua tiga malam ni saya asyik tidur sorang-sorang dekat bilik tu tau." Diana memuncungkan bibir tanda merajuk.

DIANA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang