"Good morning guys!"
Perbualan Kaizer, Rachel dan Liam terbantut mendengar ucapan selamat pagi dari orang yang tidak di sangka-sangka.
Kelopak mata Kaizer digosok seakan tidak percaya melihat kejadian aneh yang baru saja berlaku tadi.
"Gila ke?" lancar saja mulut Kaizer mengajukan soalan itu kepada Eddie yang melabuhkan punggung di sebelahnya.
"What?" Eddie tanya dengan rasa hairan.
"Ed, are you okay?" giliran Rachel pula bertanyakan soalan.
Eddie bertambah hairan.
Riak wajah pelik Kaizer, Rachel dan Liam dipandang silih berganti.
"Ada benda ke dekat muka aku sampai korang semua tengok aku macam tu sekali? Ke tak pernah tengok orang?" Eddie jadi sebal melihat reaksi melebih-lebih dari mereka bertiga.
"You were smiling just now. And what the hell was that 'good morning guys!'?" Kaizer seolah-olah bermimpi mendengar ucapan selamat pagi yang kedengaran begitu ceria bersama senyuman manis yang sedikit menjelikkan mata Kaizer.
Tak pernah dibuat oleh seorang yang bernama Eddie Emmerson mengucapkan selamat pagi seperti itu.
Memang dah gila agaknya Eddie ni.
What's wrong with that? Masuk neraka ke aku nanti kalau aku ucap selamat pagi dekat korang semua?" pelik-pelik saja sepupu dia yang sorang ini.
Eddie hanya menggeleng kepala.
"If you, yes!" jawab Kaizer selamba.
Rachel dan Liam tertawa mendengar usikan Kaizer pada Eddie.
"Kalau aku masuk neraka, aku heret kau sekali." balas Eddie menjeling Kaizer.
Sakit pula hati dia mendengar usikan Kaizer hari ini.
"Tapi kan Ed, manusia kalau tiba-tiba berkelakuan luar tabii macam kau ni ada dua sebab je." Kaizer memandang Eddie lalu diam sejenak.
Eddie, Rachel dan Liam tekun menunggu penerangan selanjutnya dari Kaizer yang masih membisu.
Sengaja mahu memasukkan unsur suspens.
"Apa dia kau ni?" tanya Eddie mula hilang sabar.
"Pertama mungkin sebab ajal kau nak sampai, atau kedua mungkin kau tengah mabuk cinta." jelas Kaizer mengangkat kening berkali-kali.
"Nonsense! Ajal kau mungkin yang nak sampai tu." Eddie tolak kepala Kaizer.
Semakin hari makin merepek.
"Dan setelah aku meneliti perangai-perangai pelik kau, aku dapat agak kau mesti tengah jatuh cinta." Kaizer memeluk tubuh memandang Eddie atas bawah.
Mendengar saja telahan Kaizer tadi, senyuman Rachel terus kendur.
Eddie sedang jatuh cinta?
Dengan siapa?
"Kenapa diam? Betullah kan apa aku cakap tadi? Kau jatuh cinta dengan siapa ni? Siapa perempuan paling malang tu?" makin galak pula dia mengusik Eddie yang sudah kemerahan wajahnya.
"Bodohlah kau ni. Diam boleh tak?" Eddie bertambah geram.
Croissant berintikan coklat di atas piring tersebut terus disumbatkan ke dalam mulut Kaizer.
"Kurang ajar kau." Kaizer mengeluarkan semula roti pastry tersebut dari mulutnya lalu menolak kepala Eddie sebagai pembalasan.
"Okay enough guys. Sebelum you berdua bergaduh macam budak kecil dekat sini baik kita gerak sekarang." pintas Rachel menggeleng kepala melihat perangai kanak-kanak ribena Eddie dan Kaizer.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...