16| D I A N A

23.3K 1.1K 43
                                    

Diana leka menyiram bunga-bunga di taman milik Eillias sehingga membawa fikirannya menerawang entah ke mana. Sejak berita tentang dia dan Eddie tersebar serta perbualan antara mereka tempoh hari membuatkan Diana lebih banyak mendiamkan diri.

Perasaannya rasa terganggu namun Diana kurang pasti apa puncanya.

Benarkah sudah ada rasa sayang dalam dirinya terhadap Eddie? Tapi kenapa semua perasaan tu boleh hadir dengan tiba-tiba?

'No, D. Kau tak boleh ada perasaan sebegini. Sedar sikit siapa diri kau tu. Nanti apa kata Eillias kalau kau jatuh cinta dengan adik dia sendiri?'

Diana menggeleng kepala cuba membuang perasaan yang sering menganggunya.

"Hai Diana."

Bahunya dicuit dari belakang. Lamunan Diana terhenti seketika.

"Liam?" tegurnya setelah melihat kehadiran lelaki itu di taman ini.

"Buat apa tu? Nak saya tolong?" soal Liam mendekatkan dirinya di sebelah Diana.

"No, thanks. Siram bunga saja pun." jawab Diana memandang Liam.

Sejak pertama kali Diana berjumpa Liam, lelaki ini tidak pernah lekang dengan senyuman. Dan senyuman itu lebih memaniskan lagi wajah Liam.

"Terima kasih sebab puji saya handsome." beritahu Liam senyum sehingga membuatkan wajah Diana bertukar hairan.

"Bila masa saya puji awak handsome? Perasannya." Diana menggelengkan kepala menahan tawa.

"Dah awak renung saya macam ada laser je akan keluar dari mata awak tu, mesti dalam diam awak puji saya handsome kan." teka Liam senyum mengusik.

"Tolong sikit, ya. Jangan nak perasan sangat. Saya tengok awak sebab ada cili lekat dekat gigi awak tu." Diana pula cuba untuk mengusik Liam.

Liam terus menekup mulut dan berpusing membelakangi Diana. Terkial-kial jari Liam membuang cili yang dimaksudkan oleh Diana tadi.

Melihat reaksi Liam, ketawa Diana terus dihamburkan sekuat hati. Tubuh Diana tertunduk-tunduk mentertawakan Liam.

"Saya guraulah, Liam." beritahu Diana menghabiskan sisa tawanya.

Liam mendengus geram. Geram dengan celoteh comel Diana yang mengusiknya.

"Oh, pandai awak ya." jari Liam hinggap mencubit pipi Diana tanda geram dikenakan seperti itu.

"Eh, sakitlah!" Diana tolak jari Liam. Diana masih cuba menahan tawanya. Seronok juga kenakan orang ni ya.

Liam senyum memandang Diana ketawa. Hatinya sedang mengalami musim bunga. Semuanya kerana senyuman indah dari bibir Diana.

"Kan elok awak ketawa macam tu. Ni saya tengok dua tiga hari ni muka awak masam tak tentu pasal." beritahu Liam.

Dia perasan perubahan mood Diana yang tidak tentu kebelakangan ini.

"Sibuklah awak. Sukahati saya lah. Muka saya kan?" jawab Diana menjelir lidah.

Liam tertawa kecil. Buatlah muka macam mana pun tetap comel.

"Kenapa? Berita pasal awak dengan Tengku tu masih mengganggu fikiran awak ke?" soal Liam.

Dia juga ada mendengar tentang khabar itu dan satu kerajaan ini masih kecoh tentang berita yang tersebar. Malang pada gadis itu kerana hanya dia saja yang menjadi mangsa cyberbully oleh netizen di semua laman sosial. Semoga saja Diana tidak membaca komen-komen keji yang diberikan kepadanya.

"Saya okay. Lagipun saya dah biasa hadap benda macam tu." jawab Diana tenang.

"Baguslah. Tapi saya tak sangka awak ni Diana si kakak tiri Cinderella yang viral tu. Saya macam tak percaya boleh jumpa awak depan-depan." beritahu Liam.

DIANA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang