19| D I A N A

21.6K 1K 66
                                    

Mexican Bun yang siap dibakar dan disimpan di dalam plastik lutsinar kecil itu dilihat bersama senyuman paling lebar.

Diana terus keluar dari istana dan bergerak pantas menuju ke padang untuk menyaksikan perlawanan sukan polo. Janjinya pada Eddie untuk memberikan sokongan pada lelaki itu harus ditepati.

Setibanya di tempat perlawanan, Diana berhenti di sebalik pohon rendang yang tidak jauh dari kawasan padang tersebut. Kelihatan pasukan Eddie dan pasukan lawan sedang berentap di dalam padang dengan sorakan kemeriahan dari penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Hari ini, semua penduduk bandar Giselle termasuk hamba-hamba di istana dibenarkan untuk menonton perlawanan sukan tersebut. Namun, Diana segan untuk menyertai mereka yang lain kerana dia tahu kehadirannya nanti tidak akan di senangi oleh semua orang. Lagi pula Diana masih trauma dengan kejadian di mana dia diserang oleh penduduk kampung tempoh hari.

Jadi, Diana mengambil keputusan untuk menonton perlawanan tersebut dari jauh saja.

Senyuman Diana terukir apabila matanya dapat menangkap figura Eddie sedang beraksi menunggang kuda di dalam padang tersebut. Entah sejak bila wajah milik Eddie begitu menyenangkan mata dan hatinya.

"Tunggang kuda pun handsome." puji Diana senyum tersengih. Anak mata Diana hanya mengekori pergerakan Eddie.

"Eh kejap." senyuman Diana mati.

"Sejak bila kau jadi gatal ni, D?" Diana seakan-akan tersedar.

"Sedar sikit diri kau tu." Diana mengetuk kepala sendiri.

Namun, kejadian manis tentang Eddie menciumnya tadi kembali menyinggah di fikiran dan itu membuatkan senyuman Diana muncul lagi. Pipinya terus membahang kemerahan. Muka ditutup kerana terlalu malu teringatkan kejadian itu.

Malu yang sangat manis!

Mexican bun dan botol mineral di genggaman Diana dipandang. Diana sempat membakar roti kegemaran Eddie sebelum pergi ke sini untuk diberikan kepada lelaki itu.

"Aku dah gila agaknya. Tak gila, bodoh." Diana menggeleng kepala mengutuk diri sendiri.

Mana taknya, dia sanggup berhempas pulas membakar roti dan membawakan air untuk Eddie sedangkan lelaki itu tidak memberi apa-apa arahan. Padahal sebelum ini, apabila di suruh saja baru Diana akan bersusah payah seperti ini.

"Lantaklah. Kisah pula aku. Bagi roti saja pun." Diana tersenyum lagi.

Bunyi bingit loceng tanda perlawanan sudah tamat. Sorakan penonton menandakan kemenangan telah berpihak kepada pasukan Eddie.

Selesai upacara penyerahan trofi, Diana perlahan-lahan berjalan menuju ke khemah Eddie untuk mendapatkan lelaki itu. Semangat dan kegembiraan Diana begitu membara untuk menyerahkan hadiah yang tidak seberapa ini kepada Eddie.

"Tengku!" panggil Diana setelah dia melihat Eddie sedang berjalan meninggalkan khemah tersebut.

Langkah Eddie terus terhenti. Kepalanya berpaling melihat wajah si empunya suara.

"Tengku, tunggu." Diana berlari mendapatkan Eddie. Senyuman Diana semakin meleret setelah bersua muka dengan lelaki di hadapannya ini.

"Tengku, ni saya ada buat..."

"What are you doing here?" soalan kurang senang dari Eddie memberhentikan percakapan serta menghilangkan senyuman Diana.

"Hah? Er- saya cuma nak..."

"Kau memang sengaja supaya semua orang nampak kau ada di sini ke? Tak puas lagi kau dah kena dengan penduduk kampung hari tu? Nak tambah lagi benjol dekat dahi kau? Kau sedar tak kau tu siapa?" kemarahan Eddie benar-benar menyinggung perasaan Diana.

DIANA Where stories live. Discover now