Kedinginan angin pada petang itu sedikit menyuntik perasaan tenang dalam hati Diana yang sedang berdiri di tepi sebuah perkuburan. Setangkai bunga rose putih dihidu seketika lalu diletakkan di atas batu nisan dihadapannya.
"Hai Eilias. Saya datang ni." gambar Eilias yang ada pada batu nisan itu dibelai.
Senyuman manis terukir di bibir milik Diana melihat wajah insan yang paling dirinduinya.
"Saya sangat rindukan awak. Awak rindu saya tak?" soal Diana seakan-akan memang ada jasad Eilias yang berdiri tegak dihadapannya sekarang.
Eilias merupakan kekasih rahsia Diana yang telah meninggal dunia dua tahun lepas setelah penat bertarung dengan kanser otak yang dihadapinya sejak beberapa tahun. Cinta yang terjalin antara mereka selama setahun membuatkan Diana menderita untuk menerima pemergiaan Eilias buat selama-lamanya.
"Mulai hari ni, saya akan berpindah ke bandar ini semula. Saya penat mahu bersembunyi lagi. Awak pun selalu bagitahu saya kan, kalau ada masalah jangan lari tapi hadapi biar apa pun orang kata." beritahu Diana teringat dengan kata-kata Eilias yang menjadi pemangkin semangat dan berani buat Diana untuk datang ke sini semula.
Sejak adik tirinya, Aubreilla berkahwin dengan putera raja negara Grandbell, keluarga diraja Emmerson telah mengeluarkan arahan untuk menangkap dia dan ibunya sebagai balasan kepada kekejaman mereka yang pernah menyeksa Aubriella suatu ketika dahulu.
Dia terselamat dari penangkapan tersebut kerana ibunya meminta Diana untuk melarikan diri terlebih dahulu kerana khuatir perkara ini akan berlaku. Namun malang bagi Puan Janet yang berjaya ditangkap dan dipenjara di istana.
Penyeksaan yang dilakukan ke atas ibu Diana di istana membuatkan Diana bangkit untuk mengeluarkan Puan Janet dari sarang neraka yang diciptakan oleh pihak istana sendiri.
Cukup dia bertahan selama satu tahun ini setelah mendengar cerita dari rakannya yang bekerja di istana itu tentang kekejaman yang dilakukan ke atas ibunya.
Kali ini biarlah dia yang menanggung segala kesakitan ibunya. Dia yang berhak di hukum.
"Saya janji saya akan tolong ibu. Saya tahu ini semua salah saya dengan ibu dulu sebab seksa Aubriella. Tapi tak ada ke sedikit pun peluang untuk saya dan ibu? Kami sedar kami salah, Eilias. Saya tahu saya tak patut buat Aubriella macam tu." luah Diana dengan penuh rasa kesal.
Puan Janet dan Diana berjaya mencipta dunia Aubriella sama seperti Cinderella. Tidak ada sedikit pun ruang yang diberikan oleh mereka pada gadis itu untuk merasakan kebahagiaan. Dan itu semua berpunca dari satu peristiwa yang membuatkan dia benci pada Aubriella. Diana pendam perasaan itu sehingga menjadi dendam.
"Doakan saya Eilias. Semoga saya dapat tempuhi semua ni. Saya dah tak ada siapa-siapa lagi dalam dunia ni. Saya cuma ada ibu dengan awak saja."
"I know that you're always watching for me above the sky while playing a baseball with your uncle." Diana senyum teringatkan riak teruja Eilias apabila kekasihnya itu bercerita tentang sukan kegemarannya.
"I miss you so much, sayang. How i wish that you were here with me." keluh Diana lemah. Dia perlukan ibu dan Eilias kerana dua insan itulah pemangkin semangatnya sehingga Diana masih dapat meneruskan kehidupan sehingga kini.
Diana menilik jam tangan. Setengah jam dari sekarang dia sudah berjanji menemui Abby untuk menguruskan sesuatu perkara.
"Eillias, saya balik dulu ya. Minggu depan saya datang lagi. I love you." gambar Eillias dibelai lagi sebelum dia melangkah pergi.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIANA
RomansaCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...