30| D I A N A

22.2K 1K 62
                                    

Selesai saja menyiram bunga-bunga serta membersihkan daun-daun kering di taman milik Eillias, Diana merehatkan tubuhnya sebentar pada bangku panjang di situ.

Satu nafas lega dihembus lembut.

Terbit senyum kepuasan di bibirnya setelah melihat taman ini kelihatan indah dan bersih.

Pasti Eillias juga suka melihat taman ini.

Rindu pada lelaki itu mula menjengah hatinya.

'Semoga awak gembira di sana, sayang.' doanya dalam hati.

Jam di pegelangan tangan ditilik seketika. Jarum jam menunjukkan tepat pukul 6 petang.

Diana mengeluh pendek.

Lama lagi nak tunggu Eddie pulang ke istana.

Entah apa lagi tugas yang patut dia selesaikan untuk membuang rasa bosan sementara menunggu kepulangan lelaki itu.

Hendak membantu hamba-hamba yang lain memasak di dapur, Eddie sudah terlebih dahulu memberikan amaran keras padanya agar tidak sesekali melakukan pekerjaan lain selain tugasan yang diberikan untuknya.

Eddie pesan dia bukan bekerja untuk istana tapi untuk lelaki itu saja.

Jadi, mahu atau tidak Diana harus menurut tanpa banyak soal.

"Boleh saya duduk sini?"

Diana sedikit terkejut.

Wajahnya dipalingkan ke sebelah kiri dan susuk tubuh Liam sedang berdiri tersenyum memandangnya.

"Hey, Liam." sapanya membalas senyuman lelaki itu.

"Duduklah." Diana tepuk permukaan bangku itu.

"Dah settle dah kerja awak bersihkan taman ni?" tanya Liam sebaik saja dia melabuhkan punggung di sebelah Diana.

"Dah." Diana angguk kecil.

"Saya selalu tengok awak bersihkan taman ni. Tengku Eddie minta awak bersihkan ke?" soal Liam ingin tahu.

"Hmm taklah. Saja nak bersihkan. Sayang pula kalau dibiar macam tu je. Lagipun tak ada orang yang tolong bersihkan jadi saya lah yang buat." beritahu Diana.

Ini taman kepunyaan Eillias. Jadi dia harus jaga sehabis baik.

"Rajin juga kakak tiri Cinderella ni ya. Ingatkan malas macam yang dalam buku cerita tu." Liam sengaja mengusik.

"Awak jangan sebut-sebut ya pasal kakak tiri Cinderella tu." Diana pukul bahu Liam.

Wajah lelaki itu dikerling tajam.

Namun dia tahu itu hanya gurauan.

Liam ketawa kecil melihat wajah cemberut Diana.

Comel.

"I'm the best version of Cinderella's stepsister tau. Level saya tinggi sikit dari kakak tiri Cinderella yang awak selalu tengok dalam tv tu." Diana balas gurauan Liam.

"Yeke? Macam sama je." Liam buat muka ragu. Diana dipandangnya atas bawah.

"Dah lah. Malas saya nak layan awak." Diana menggeleng kepala.

Kalau dengan Liam ni, gurauan pasal kakak tiri Cinderella memang tak akan lepas dari mulut lelaki itu.

Suka betul nak menyakatnya.

Liam ketawa lagi.

"Diana!"

Suara seakan petir tiba-tiba muncul mengganggu suasana tenang di taman itu.

DIANA Where stories live. Discover now