"Sial, sial, sial!"
Diana menjerit pada bantal yang ditekup pada wajahnya.
Segala api kemarahan yang ada dalam dada dihambur pada bantal tidur itu.
Peristiwa di mana Eddie menciumnya tadi benar-benar membakar segala organ di dalam tubuh Diana.
Ciuman pertamanya sudah di ragut oleh lelaki asing bernama Eddie.
Ah, Dia benci si Hitler jadian itu!
Diana juga seperti perempuan-perempuan yang lain. Dia mengimpikan ciuman pertama untuk lelaki yang dicintai seumur hidup. Bukan untuk lelaki tak guna seperti Eddie.
"Arghhh!" Diana mengusutkan rambutnya apabila peristiwa tadi semakin terang bermain di fikirannya.
"Celaka punya keturunan kerabat diraja. Sial. Kau ingat kau anak raja, kau boleh buat sesuka hati kau ke?!" tempik Diana.
Yang paling menyakitkan hati Diana adalah sejurus selepas Eddie meragut bibir Diana tadi, lelaki itu terus berlalu dari situ. Belum sempat dia membalas ciuman itu dengan 'perluru berpandu' dari mulutnya untuk menghamburkan perasaan marah, Eddie terlebih dahulu mengelak.
"Ah, bibirku sudah dirogol oleh putera raja jadian hitler." Diana menghentakkan kaki pula untuk melepaskan geram. Rasa tidak puas bercampur marah membuatkan jantungnya berasap hebat.
Penat dia mengusutkan rambut serta menumbuk bantal, Diana membaringkan diri di atas tilam nipis tidak berkatil di dalam bilik tersebut.
Sambil mengenangkan nasib bibirnya, Diana juga terkenangkan nasib hidupnya yang bakal berubah 360 darjah mulai hari ini.
Dia yang bangga menjadi keturunan bangsawan selama ini kini berubah heriarki kedudukan menjadi golongan rakyat paling bawah dan hina di dalam kerajaan Grandbell.
Hamba abdi.
Diana memerhatikan bilik yang akan didiami sepanjang hidupnya. Sangat kecil. Terlalu kecil berbanding bilik tidur di rumah agamnya dahulu.
Bilik tidurnya hanya dibekalkan dengan satu tilam nipis bersaiz queen beserta bantal dan selimut. Di sudut kanan bilik itu pula terdapat almari kecil untuk menyimpan pakaian.
"Ini semua untuk ibu. Aku janji suatu hari nanti aku akan bawa ibu keluar dari istana bodoh ni." Diana bermonolog seorang diri.
"Tok."
"Tok."
"Tok."
Pintu kayu bilik tidur Diana diketuk perlahan.
Diana terus bingkas bangun dari katil untuk membuka pintu tersebut.
Sejurus membuka pintu, wajah Diana seperti dibaling dengan sesuatu.
"Pakai baju tu. Lepastu ikut aku." arah suara dingin Lin.
Lin terus melangkah pergi selepas membaling baju pada muka Diana yang tidak bersalah.
"Kurang ajar." gumam Diana geram.
Dia sempat menghadiahkan jelingan tajam pada Lin yang semakin berjalan jauh darinya.
Baju yang berada di atas lantai diambil dan pintu bilik itu sengaja ditutup dengan kuat supaya dapat di dengar oleh Lin.
Bukti dia tidak takut dengan 'kebencian' Lin terhadapnya.
"Dia fikir dia hebat, savage sangat lettew baling-baling baju dekat muka aku? Kalau ada peluang aku kerjakan kau, mampus kau." bebel Diana.
Semua orang di dalam istana ini berjaya menyakitkan hatinya. Dengan 'Putera Hitler' nya. Ditambah pula dengan Lin yang dari tadi buat muka tak puas hati melihatnya. Luka di kaki Diana yang diubati Lin tadi pun macam makin teruk dikerjakan gadis pendek itu.
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...