"Hai sweetheart."
Bisikan manis pada telinga Diana menyedarkan dirinya yang asyik memandang keindahan pemandangan tasik biru yang mampu menyegarkan mata.
Kepala Diana terus dipalingkan ke belakang.
"Eillias!" suara Diana kedengaran teruja apabila wajah kekasih hati muncul di hadapan mata.
Tubuh Eillias terus dipeluk untuk melepaskan kerinduan. Sebulan lamanya tidak bersua dengan lelaki ini cukup menyeksa perasaan Diana.
Eillias dan Diana bukanlah seperti pasangan kekasih yang lain. Bila-bila masa dapat bersua untuk melepaskan rindu.
Status Eillias sebagai keluarga kerabat diraja di dalam kerajaan ini memaksa mereka berdua untuk menyembunyikan hubungan ini daripada pengetahuan orang lain.
Selama hampir satu tahun mereka bersama selain berhubung melalui telefon, di tasik ini jugalah tempat di mana Diana dan Eillias sering bertemu sekiranya ada kesempatan dan ruang.
"Tadi cakap tak nak jumpa bagai, tapi sekarang ni dia pula yang lebih-lebih." Eillias mencuit hidung mancung Diana.
Wajah ceria Diana bertukar cemberut.
"Salah ke kalau saya excited nak jumpa awak?" soal Diana.
"Salah. Memang salah." riak wajah Eillias serius.
Jawapan dari Eillias membuatkan Diana menolak tubuh lelaki itu dari terus memeluknya.
"Saya nak baliklah kalau macam tu." rajuk Diana lalu mula melangkah pergi.
Eillias sedikit tersentak melihat respons Diana namun setelah itu bibirnya mengukir senyuman.
Tangan Eillias pantas menarik lengan Diana sehingga gadis itu kembali semula ke dalam pelukannya.
"Mengadanya dia ni." Eillias cubit lembut pipi Diana membuatkan gadis itu tersenyum.
"Saya rindukan awak, Diana." dahi Diana dikucup lama. Setelah itu pinggang gadis itu dirangkul erat.
Air mata hangat terasa ditubir mata Diana apabila Eillias menuturkan kata manis itu. Wajah pucat Eillias juga membuatkan hatinya diruntun pilu.
"D, please jangan macam ni. Awak dah janji kan kalau kita jumpa awak takkan menangis." Eillias sapu air mata Diana.
Namun begitu, itu membuatkan air mata Diana semakin laju mengalir. Diana terus terduduk menyembah rumput. Kedua telapak tangan menekup wajahnya yang kebasahan kerana air mata.
Diana cuba menguatkan diri tetapi melihat saja wajah pucat Eillias serta susuk tubuh lelaki itu yang mula susut terlalu menyayat hatinya.
Eillias turut melutut pada rumput lalu kembali memeluk Diana.
"Kenapa awak cengeng sangat hari ni? Awak ni menangis pun comel tau." Eillias usap belakang tubuh Diana untuk menenangkan gadis itu.
"I'm sorry." ucap Diana perlahan.
"Stop crying, sayang. Saya belum mati lagi. Saya masih ada di depan mata awak." ujar Eillias lagi. Bibirnya senyum memandang wajah Diana.
Dia mengerti dengan perasaan yang sedang dirasakan oleh Diana. Tetapi Eillias tidak mahu hanya kerana penyakit yang ditanggungnya sekarang membuatkan Diana kesedihan seperti ini.
"Jangan tunjuk kesedihan awak di hadapan saya. Awak mesti kuat sebab awak punca kekuatan saya supaya saya dapat bertahan setiap hari untuk melawan sakit yang saya rasa sekarang. I need you. So, please don't be sad. Okay, sayang?" pujuk Eillias membuatkan senyuman nipis hadir di bibir Diana.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...