21| D I A N A

24K 1.1K 63
                                    

Tangga untuk menuju ke bilik Eddie dilangkah satu persatu dalam gerakan yang perlahan. Rasa mengantuk masih tersisa pada mata bundar Diana kerana dia terpaksa bangun lebih awal daripada biasa kerana Eddie minta supaya mengejutkannya lebih awal hari ini.

Diana kurang pasti definisi 'awal sikit' lelaki itu pukul berapa. Silapnya juga kerana lupa untuk bertanya semalam. Mahu berpatah balik semula ke bilik Eddie tapi dia masih di selebungi rasa malu dengan kejadian di mana Eddie memeluknya semalam.

Sebaik saja sampai di hadapan bilik Eddie, tangan Diana perlahan memulas tombol pintu lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Suhu sejuk dari pendingin hawa terus menerpa pada tubuh Diana.

Satu tabiat Eddie yang Diana sudah tahu sepanjang dia bekerja sebagai hamba lelaki ini. Eddie suka tidur di dalam suhu yang paling sejuk sepanjang malam. Dan yang peliknya, Eddie sedikit pun tidak berasa kesejukan. Malahan dia masih santai tidur tanpa comforter untuk menyelimuti tubuhnya.

Diana bergerak ke katil Eddie. Lelaki itu masih sedang enak di ulit mimpi di atas tilam empuknya.

Punggung Diana dilabuhkan di penjuru katil dan bersedia untuk membangunkan Eddie.

"Tengku..." panggil Diana lembut menepuk sedikit bahu Eddie.

"Tengku, bangun. Dah pagi ni." kata Diana lagi dengan menepuk bahu Eddie lebih kuat berbanding tadi.

Namun, tubuh Eddie masih kaku. Tidak ada satu pergerakan kecil pun ditunjukkan oleh Eddie.

Selalunya hanya dengan tepukan pada bahu Eddie, dia sudah terjaga dengan mudah.

"Bangun, Tengku. Semalam Tengku minta saya kejutkan Tengku awal sikit pagi ni. Tak ingat ke?" beritahu Diana. Bahu Eddie di goncang.

Tangan Diana beralih pada wajah Eddie pula untuk menepuk pipinya setelah dengan menggoncang bahu lelaki itu juga masih tidak berjaya.

Namun, Diana sedikit tersentak kerana sebaik saja tangannya menyentuh pipi Eddie, suhu tubuh lelaki itu terasa lebih panas daripada biasa.

"Panas sangat ni." suara Diana bertukar cemas menyentuh dahi Eddie.

Dalam kesamaran cahaya dari lampu tidur Eddie, Diana dapat melihat dahi lelaki itu dibasahi peluh. Wajahnya pucat lesu.

"Tengku, bangun. Tengku okay tak ni? Badan Tengku panas." Diana menekup pipi Eddie dengan telapak tangan.

Perasaan risau dan cemas menguasai dirinya. Eddie masih belum sedarkan diri walaupun puas Diana menggoncang, menampar bahu lelaki itu untuk mengejutkannya.

"Aku nak buat apa ni?" Diana mula tak tentu arah.

Diana duduk di sebelah Eddie semula. Percubaan untuk mengejutkan lelaki itu masih belum berjaya. Suhu panas badan Eddie sangat merungsingkan hatinya.

"Tengku, saya panggil ibu kejap ya. Tengku tunggu tau." beritahu Diana walaupun Eddie tidak mendengar.

Masih terlalu awal untuk mengejutkan ibu mertuanya pada jam ini tetapi itu saja cara yang dapat difikirkan oleh Diana sekarang.

Sejurus saja kaki Diana ingin melangkah pergi, dia merasakan tangannya di pegang dengan lemah.

"Diana." suara serak Eddie memanggil nama gadis itu.

"Tengku!" Diana duduk semula.

Nafasnya terhembus lega apabila Eddie sudah sedarkan diri.

"Badan Tengku panas ni. Saya pergi jumpa ibu sekejap ya untuk panggilkan doktor. Tengku baring saja tau. Jangan pergi mana-mana." pesan Diana lalu berdiri semula.

DIANA Where stories live. Discover now