"D, dah siap ke? Jom lah. Nanti tak sempat pula." soal Liam sebaik saja dia berdiri di hadapan bilik tidur Diana.
Diana hanya senyum sumbing membalas pertanyaan Liam.
"Kenapa ni, D? Cepatlah. Emir dengan Lin dah tunggu kita dekat bawah tu. Perjalanan kita nak pergi ke airport pun boleh tahan jauh tau." beritahu Liam lagi.
Pelik pula dia melihat reaksi wajah Diana yang seakan serba salah untuk mengikuti mereka. Padahal tadi Diana juga yang sepertinya beria-ria mahu turut serta.
"Tak apa ke kalau saya ikut sekali? Tengku kan nak jumpa Emir saja? Macam mana kalau dia marah bila saya pun ada dekat sana?" tanya Diana ragu-ragu.
Nampaknya, Eddie memang nekad mahu pergi ke Germany meninggalkan dia dan Emir di sini.
Berat hati?
Bukan itu sahaja yang Diana rasakan. Kalau lah Diana punya kuasa untuk mengundurkan semula masa, dia tidak akan membiarkan Eddie dengan keputusannya.
Kerana sikapnya yang keras kepala, dia benar-benar telah membuatkan Eddie agar lelaki itu pergi dari hidupnya seperti apa yang dia selalu minta.
"Diana..." Liam perlahan menghampiri gadis itu.
Rambut hitam Diana dibelai lembut bersama senyuman nipis. Andai saja gadis ini sudi memberikan hatinya agar di miliki Liam, dia akan berusaha membahagiakan Diana sepenuh jiwanya. Sehinggakan tiada setitis air mata pun yang akan membasahi mata bundar gadis itu.
Namun Liam tahu. Dia tidak layak kerana seberat apa pun ujian yang menimpa Diana atau sejauh mana pun Diana dan Eddie terpisah, hati gadis itu sentiasa menjadi milik Eddie.
"Awak tak nak jumpa Eddie buat kali yang terakhir?" soalan Liam membuatkan bola mata Diana berkaca.
"Walaupun awak tak berjaya nak halang Eddie untuk pergi, sekurang-kurangnya awak dapat ucap selamat tinggal pada dia, D." ujar Liam lagi.
Diana diam lagi.
Ya, ada betulnya apa yang dikatakan oleh Liam itu. Sebelum dia dan Eddie berdua akan berpisah buat selama-lamanya dan membawa haluan masing-masing, sekurang-kurangnya dengan ucapan 'selamat tinggal' ini nanti akan membuatkan Diana redha dengan perpisahan mereka.
Namun benarkah dia akan redha mahu melepaskan Eddie?
"Jom. Nanti tak sempat pula Tengku nak jumpa Emir sebelum dia berangkat pergi." lengan Diana ditarik.
Lambat kepala Diana mengangguk lalu mengekori Liam sehingga mereka masuk ke perut kereta. Liam mengambil di tempat duduk pemandu manakala Diana pula duduk bersama Lin di tempat duduk penumpang di bahagian belakang.
Emir yang menyedari kehadiran Diana di situ terus meronta kecil di atas pangkuan Lin untuk mendekati ibunya.
"Kau okay, D?" soal Lin menggenggam tangan Diana.
Gadis itu cuba mengukir senyuman.
"Aku cuma harap yang aku tak menangis depan dia nanti." jawab Diana. Dia dapat rasakan kolam matanya kembali panas.
"Kau kuat, D. Listen here. Kau mesti percaya dengan takdir Tuhan. Kalau memang kau dengan Tengku Eddie ditakdirkan untuk bersama dia akan kembali semula pada kau, D." bahu Diana diusap perlahan.
Sayu hatinya memandang wajah Diana. Dia tahu gadis itu menangis semalaman mengenangkan pemergian Eddie ke Germany serta perpisahan yang akan terjadi di antara mereka kelak.
Hari ini Diana berpeluang mahu bertemu kali terakhir dengan Eddie pun kerana lelaki itu meminta agar membawa Emir ke lapangan terbang untuk meluangkan masa bersama anak kecil itu sebelum berangkat pergi.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIANA
RomantizmCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...