43| D I A N A

19K 1K 123
                                    

Pancaran cahaya di dalam bilik itu dilihat sedikit kabur sebaik saja Diana cuba mencelikkan mata. Kepalanya terasa begitu berat seperti ada batu besar yang menghempap dirinya ketika ini.

Wajah dikalihkan ke sisi dan automatik bibirnya mengukir senyuman lebar apabila melihat figura Eddie sedang berdiri memeluk tubuh di sisi katil.

"Tengku..." panggil Diana lemah.

Melihat wajah itu seakan menghilangkan segala sakit yang Diana rasa sekarang.

"Tengku." panggil Diana lagi setelah melihat lelaki itu hanya diam memandangnya.

Riak tegang yang dipamerkan oleh Eddie menyurutkan senyuman di bibirnya. Dengan segala kudrat yang ada, Diana cuba bangkit dari pembaringan walaupun kepalanya memaksa agar tidak berganjak ke mana-mana.

"Tengku okay tak..."

'PAP!'

Terasa pipi Diana membahang panas. Pedih.

Bergegar seluruh tubuh Diana menerima tamparan itu. Dia seakan bermimpi.

Benarkah tangan Eddie yang singgah di pipinya tadi sehingga meninggalkan rasa pedih ini?

Tapi kenapa? sempat Diana menyoal.

Tamparan kuat itu membuatkan tubuh Diana rebah ke sisi katil sehingga terasa tubuhnya melanggar susuk tubuh di sebelah Diana.

Mata Diana tiba-tiba membulat besar.

Alangkah terkejutnya Diana apabila menyedari kehadiran Liam di sebelahnya tanpa seurat benang dan hanya ditutupi dengan cormforter. Wajah lelaki itu kelihatan gusar. Sepertinya Liam juga kaget dengan apa yang sedang terjadi pada dirinya.

Darah Diana mula terasa panas.

Perlahan matanya turun memeriksa keadaan diri.

'T-tak mungkin...'

Jantung Diana terhenti serta-merta.

Wajah diangkat semula memberanikan diri untuk melihat Eddie semula.

Riak itu.

Riak penuh kebencian. Diana dapat lihat riak itu dengan jelas.

"Tengku..." Diana kehilangan kata-kata.

"Slut!" cemuh Eddie.

"Tengku, saya sendiri tak tahu kenapa saya..."

"Shut your mouth! Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut jijik kau!" jari Eddie menunding tepat pada wajah Diana.

Air mata Diana mula bergenangan. Sempat kepalanya melilau di sekeliling bilik itu. Bukan sahaja Eddie yang turut berada di situ. Bonda Tya, Kaizer, Lin, Aubriella dan beberapa manusia yang lain juga sedang melihat dia dan Liam berada di atas katil dalam keadaan yang memalukan seperti sekarang. Bermacam reaksi yang mereka lontarkan kepada dia dan Liam.

"Mulai hari ini, aku nak kau dengan jantan tak guna ni keluar dari istana ini. Aku tak nak tengok lagi muka kau berdua di sini." suara Eddie masih kedengaran tinggi.

Tajam matanya menikam wajah Diana.

"Aku tak sangka selama ni aku simpan perempuan jalang macam kau. Kalau aku tahu perangai jijik kau ni, dah lama aku bunuh kau perlahan-lahan biar kau terseksa macam apa yang dah terjadi pada mak kau dulu." hinaan Eddie semakin mengalirkan lagi air mata Diana.

"Tengku, saya..."

"Diam!" makin tinggi suara Eddie.

Bahu Diana terhenjut mendengar suara itu. Mulutnya terus terkunci rapat.

DIANA Where stories live. Discover now