Diana bergegas ke bilik tidur Eddie setelah mendapat arahan dari Bonda Tya. Setibanya dia di tingkat atas, Diana melihat Bonda Tya sedang berdiri memeluk tubuh di hadapan pintu bilik Eddie bersama riak wajah yang risau.
"Ibu?" panggil Diana. Dia berjalan perlahan menghampiri Bonda Tya.
"Diana." wajah risau Bonda Tya sedikit kendur setelah melihat ketibaan Diana di situ. Kedua belah lengan gadis itu dipegang kejap.
"Kenapa ni, ibu? Muka ibu macam risau saja ni?" soal Diana hairan.
Ada apa-apa yang telah berlaku menimpa Eddie ke?
"D, ibu risau lah dengan Eddie tu. Balik-balik saja dari luar tadi bawa muka dia yang lebam tu. Ibu tanya kenapa dia jadi macam tu sepatah pun dia tak jawab." cerita Bonda Tya.
"Lebam?" soal Diana sedikit terkejut.
Rasanya petang tadi Eddie keluar sebab nak celebrate kemenangan dia, bukan pergi wrestling.
"Ibu pun tak tahu nak buat apa. Nanti kalau ibu asyik paksa dia jawab soalan ibu, takut dia marahkan ibu pula. Diana tahu kan Eddie tu orang dia macam mana?" beritahu Bonda Tya lagi.
Diana menggaru kepala. Hanya sebab ini ke Bonda Tya memanggilnya tengah-tengah malam seperti ini?
"Rasanya kita biar Tengku rehat sekejap. Mungkin dia nak tenangkan fikiran. Pagi esok ibu datang jumpa Tengku lagi. Mana tahu dia dah okay sikit." cadang Diana cuba menenangkan kerisauan hati ibu mertuanya.
Dia pun malas nak masuk campur hal Eddie. Dia hanya ditugaskan untuk menjaga keperluan Eddie bukan masalah peribadi lelaki itu.
Lagi-lagi sejak kejadian petang tadi. Layanan dingin Eddie padanya serta kemesraan Eddie dan Rachel sedikit demi sedikit menjauhkan perasaannya pada lelaki itu.
"Tak pun Diana saja yang masuk dalam pujuk si Eddie tu?" cadangan gila Bonda Tya menterbeliakkan mata bundar Diana.
"Diana? M-masuk dalam? Pujuk?" kepalanya segera digeleng menolak cadangan Bonda Tya.
"Taknak lah, ibu. Nanti tak pasal-pasal muka Diana pulak yang lebam." Diana masih setia menggelengkan kepalanya.
"Diana kan isteri Eddie. Anak ibu tu tak mungkin sanggup nak pukul perempuan lagi-lagi isteri dia sendiri." balas Bonda Tya.
"Lagipun, ini lah masanya Diana nak ambil hati Eddie tu." pujuk Bonda Tya lagi.
Diana mengeluh dalam diam.
'Nak ambil hati macam mana lagi ibu kalau Eddie memang tak akan pernah anggap Diana ni isteri dia.' bisiknya dalam hati.
"Bolehkan Diana tolong ibu?" tanya Bonda Tya semula membuatkan Diana serba salah untuk menolak lagi.
Diana tahu Bonda Tya akan terus memaksanya dengan cara halus kalau dia terus menolak untuk berjumpa dengan Eddie.
Jadi, dengan berat hati Diana memaksa kepalanya untuk angguk.
Wajah Bonda Tya terus bertukar ceria.
"Okay, sekarang Diana masuk dalam ya. Cakap elok-elok dengan Eddie tu. Mari." Bonda Tya menarik lengan Diana dan membawa gadis itu masuk ke dalam bilik tidur Eddie.
Setibanya dia bilik Eddie, Diana melihat lelaki itu sedang berdiri di beranda bilik tidurnya.
"Diana pujuk Eddie ya?" pesan Bonda Tya berbisik lalu segera keluar dari bilik tidur tersebut.
Diana hanya mampu mengangguk lemah.
Tubuh dan hati Diana menjadi gelisah. Perlahan kakinya berjalan menghampiri Eddie bersama debaran jantung yang semakin menggila.
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...