38| Ready?

22.5K 1K 48
                                    

"Eddie...?"

Diana dan Kaizer serentak berdiri setelah menyedari kehadiran Eddie di situ.

"Eddie, aku bukan...-"

Dush!

Wajah Kaizer ditumbuk sehingga tubuh lelaki itu jatuh terlentang di atas rumput.

"Tengku Eddie!" Diana tergamam dengan tindakan Eddie. Kaizer yang masih terbaring di atas rumput lantas dihampiri lalu menyentuh bahu lelaki itu.

"Kau kejam, Kai! Kau kejam pada aku dan kau kejam pada diri kau sendiri!" tangannya menunding jari pada Kaizer. Tergambar perasaan marah pada wajah Eddie ketika ini.

"Tengku ni dah kenapa?" tanya Diana geram menjeling Eddie.

"Kenapa kau buat aku macam ni, Kai? Kenapa selama ni kau tak pernah bagitahu aku tentang perasaan kau pada Rachel? Why?" air mata Eddie jatuh. Suara kecewa dan marahnya jelas kedengaran.

Kaizer hanya diam.

"Aku dah lukakan hati perempuan yang paling aku sayang. Aku hancurkan perasaan Diana sebab aku terpaksa terima pertunangan bodoh ni. Itu dah cukup buat aku rasa terseksa. Dan sekarang, aku nampak lebih teruk bila aku bertunang dengan perempuan yang selama ni kau sayang. Kenapa kau sanggup seksa diri kau sendiri, Kai?" pengakuan Kaizer tadi benar-benar meremukkan hati Eddie.

Dia manusia paling jahat. Melukakan hati Diana sudah membuatkan dirinya hampir mati menanggung rasa serba salah, dan sekarang Kaizer pula?

"Bukan niat aku nak rahsiakan semua ni dari kau, Ed. Aku sayangkan Rachel seperti mana rasa sayang kau pada Diana. Kebahagiaan Rachel adalah kebahagiaan untuk aku. Kalau berada di samping kau boleh buatkan Rachel jadi perempuan paling gembira di dunia, aku sanggup, Ed." jelas Kaizer.

"Kau manusia paling bodoh pernah aku jumpa! Kau sedar tak apa yang kau dah buat ni?! Kau lukakan hati kau sendiri. Kau lukakan hati aku. Dan kau lukakan hati Diana. Sekarang dengan pengorbanan kau tu, kau rasa siapa yang akan bahagia di antara kita semua? Tak ada, Kai." Eddie menggeleng kepala.

"Kau jangan pernah berharap yang aku dapat bahagiakan Rachel. Dia tak akan gembira bila bersama aku." tuturnya yakin.

Hati dan cinta Eddie milik Diana. Hanya gadis itu. Mana mungkin dia sanggup menyerahkan rasa cintanya kepada orang lain selain bidadarinya.

"Tengku Kaizer tak berniat pun nak buat Tengku rasa serba salah. Kenapa Tengku mesti marah dengan perasaan yang Tengku Kaizer rasa pada Cik Rachel?" Diana pula bersuara.

"I know it's sound stupid tapi kalau kau jujur pada aku, semua ni tak akan terjadi, Kai. Kenapa baru sekarang kau nak bagitahu aku tentang perasaan kau pada Rachel? Oh, supaya aku nampak macam lelaki paling jahat dalam dunia ni. Begitu?" sinis suara Eddie. Keningnya diangkat tinggi.

"Ed..."

"Tahniah, Kai. You did it. Kau berjaya. Bagitahu aku apa lagi rahsia yang kau simpan di belakang aku sebelum aku berambus dari sini. Tell me, man!" suara Eddie nyaring.

Diana dapat lihat kali ini kemarahan Eddie benar-benar meluap.

Kaizer cuba bangkit dengan bantuan Diana di sisi. Tumbukan kuat Eddie tadi melemahkan seluruh tubuhnya.

"Ed, walaupun aku bagitahu kau tentang perasaan aku pada Rachel, itu takkan mengubah apa yang diimpikan Rachel untuk bersama dengan orang yang dia cinta iaitu kau. Aku tahu semua orang terluka sekarang. Tapi kau tak akan faham, Ed. Aku terlalu sayangkan Rachel. I'll do anything for her walaupun kau dan Diana juga terkesan disebabkan perasaan aku. Aku minta maaf." Diana perhatikan Kaizer masih tenang seperti tadi.

DIANA Where stories live. Discover now