Tangan Diana cekap membacuh bater yang bakal dituangkan ke dalam non-stick pan untuk menghasilkan souffle pancakes. Segala bahan yang diperlukan seperti tepung, telur, esen vanilla, susu dan sedikit gula serta perasaan marah dan sakit hatinya dimasukkan ke dalam mangkuk putih sehingga terhasilnya bater yang gebu.
Ini semua angkara Eddie. Entah angin malam dari arah mana yang menyapa lelaki itu sampai Eddie boleh jadi gila minta benda-benda aneh sehingga menyusahkan malam Diana.
Manusia otak tak betul macam Eddie saja makan pancakes malam-malam buta macam ni. Tak pasal-pasal dia mengorbankan matanya untuk memenuhi perut naga Eddie.
"Anak raja sorang ni kan. Tahu nak makan saja. Dia tak tahu penat aku buat kerja itu ini. Menyusahkan betul." terkumat kamit mulut Diana membebel melepaskan geram.
Tangannya juga sibuk membolak balik souffle pancakes yang hampir masak di dalam kuali tersebut.
"Orang dah suruh tu. buat saja lah. Banyak bunyi pula." suara Mona salah seorang hamba yang berada di dapur tersebut menjawab bebelan Diana.
Diana diam tidak membalas. Hanya matanya saja yang memainkan peranan dengan berpusing ke atas tanda menyampah.
"Sibuk." gumam Diana perlahan.
"Kalau aku lah yang jadi hamba peribadi Tengku Eddie, aku sanggup buat apa saja untuk dia. Tak tidur satu malam pun aku rela." kata Mona lagi.
"Betul. Aku pun akan buat benda yang sama. Boleh hilang semua penat aku bila dapat tengok muka Tengku Eddie yang handsome tu setiap hari. Haihh best nya." sahut Sarah pula.
Sekali lagi, mata Diana bergerak ke atas.
'Perempuan gatal macam kau berdua memanglah sanggup.' kutuk Diana dalam hati.
"Masak sedap-sedap sikit ya walaupun kau tak reti masak. Jangan kau bagi racun pula Tengku Eddie tu. Orang jahat macam kau ni mana boleh percaya sangat." ujar Mona sengaja membakar lagi hati Diana.
Ingin saja dia membaling kuali panas itu ke muka Mona namun diserapnya segala kesabaran yang ada. Nanti makin di layan makin menjadi. Jadi, Diana hanya pekakkan telinga menyelesaikan tugasnya.
"Masak apa tu?" satu suara menyapa tepat di sebelah telinga Diana.
Kepala Diana terus berpusing mengikut arah suara itu. Wajah lelaki yang berdiri di sebelahnya di pandang tanpa berkedip. Entah datang dari mana tiba-tiba boleh berdiri di sebelahnya.
Liam senyum memandang wajah Diana.
Tak sangka ada hamba secantik ini di dalam istana ini. sempat Liam memuji dalam hati.
"Oh ya, awak kan yang selamatkan saya hari tu?" soal Diana teringatkan peristiwa dia hampir jatuh memecahkan muka sendiri apabila ingin menghantar handphone pada Eddie.
"Tepat sekali." jawab Liam. Senyumannya masih tidak lekang dari bibir.
"Saya tak sempat nak ucap terima kasih masa tu. Terima kasih ya." ucap Diana.
"Sama-sama." balas Liam pula.
Perbualan mereka terhenti di situ. Diana meneruskan fokusnya pada souffle pancakes di dalam kuali.
"Nama awak siapa?" soal Liam setelah sekian lama mengumpul keyakinan diri.
Untuk bertanyakan nama gadis ini saja membuatkan jantung Liam berdegup dalam keadaan tidak normal.
"Diana." jawab Diana ringkas bersama senyuman.
"Nama awak?" tanya Diana pula.
"Liam." sengih Liam malu.
ANDA SEDANG MEMBACA
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...
