13| D I A N A

20.4K 1K 13
                                    

Daun-daun kering yang gugur disekeliling kubur Puan Janet dikutip sehingga bersih. Setangkai bunga ros putih diletakkan di atas batu nisan ibunya tanda buah tangan dari Diana.

"Ibu, Diana rindu." air mata Diana mula mengalir.

Gambar Puan Janet dibelai seperti dia betul-betul sedang membelai wajah ibunya.

"Ibu, Diana dah kahwin tau." Diana senyum dalam tangis.

"Diana dah tunaikan permintaan terakhir dari ibu. Ibu gembira tak?" tanya Diana.

Diana begitu sayangkan Puan Janet. Dan sebab itu dia sanggup melakukan apa saja untuk membahagiakan ibunya walaupun Diana harus menggadaikan masa depannya untuk mengahwini Eddie.

"Diana harap ibu bahagia dengan keputusan Diana ni. Diana tak janji Diana akan bahagia bersama Tengku Eddie, tapi Diana gembira sebab Diana dapat jadi anak yang baik untuk ibu walaupun ibu dah tak ada lagi." beritahu Diana.

"Diana bahagia kalau apa saja yang Diana buat dapat menggembirakan ibu juga." katanya lagi.

"Ibu dekat sana jangan risau tau. Diana okay dan boleh jaga diri. Bonda Tya baik sangat dengan Diana. Dia layan Diana macam anak sendiri. Dan itu buat Diana makin rindu pada ibu." air matanya mengalir lagi.

"Diana harap suatu hari nanti kita boleh jumpa lagi." gambar Puan Janet dikucup lembut.

Sejenak selepas Diana puas melepaskan rindu pada ibunya, Diana lalu berdiri untuk melangkah pergi dari situ.

"Diana balik dulu ya, ibu. Nanti Diana datang lagi tau." Diana belai lagi gambar ibunya.

Gambar ibunya direnung seketika sebelum membuka langkah untuk mengundurkan diri.

Diana lalu membawa dirinya ke kubur Eillias pula. Dia rindukan lelaki itu juga. Walaupun hati Diana sudah dapat menerima pemergian Eillias dari hidupnya, namun rindu pada mendiang teman lelakinya itu masih ada.

Kaki Diana yang berjalan lalu untuk menghampiri kubur Eillias tiba-tiba terhenti. Badannya jadi keras setelah melihat satu figura yang tegak berdiri di sebelah kubur Eillias.

'Dia buat apa dekat sini?' bicara Diana dalam hati.

Diana mengambil langkah perlahan untuk mendekati kubur Eillias supaya tidak memeranjatkan Eddie yang masih leka berdiri di sebelah kubur abang kembarnya.

"Tengku?" panggil Diana bersama sengihannya.

Eddie sedikit terkejut dengan kehadiran Diana yang berdiri di hadapannya. Dia terus tunduk dan berpusing ke belakang.

Diana senyum kecil. Anak matanya tadi sempat menangkap sisi lain dari wajah Eddie. Lelaki itu sedang menangis.

"Tengku pun ada di sini jugak?" soal Diana.

Sangkanya selepas menghantar dia ke sini tadi, Eddie terus pergi ke bandar untuk menguruskan kerjanya. Rupanya, Eddie juga ada di sini.

Pertanyaan ramah Diana dibiarkan sepi oleh Eddie. Lelaki itu masih statik membelakangi Diana.

Eleh, malu lah tu menangis depan kita. Diana gelak dalam hati.

Bunga ros putih yang sering dibawanya setiap kali melawat kubur Eillias diletakkan di atas batu nisan milik Eillias.

Gambar Eillias ditatap bersama senyuman manis.

"I missed you, sayang." bisik Diana perlahan. Malu lah kalau Eddie dengar.

"Kau buat apa dekat sini? Tadi bukan kau bagitahu aku, kau nak ziarah kubur ibu kau saja kan?" soal Eddie setelah sekian lama mendiamkan diri di situ.

DIANA Where stories live. Discover now