36|Kenyataan

22K 1K 73
                                    

Diana selesai mengemas segala pakaiannya yang di bawa dari kampung ke dalam almari semula. Bilik yang di tinggal beberapa hari juga sudah disapu sehingga bersih.

Punggungnya di tempatkan di atas katil untuk melepaskan rasa penat. Selepas pulang dari kampung, Diana terus melaksanakan segala pekerjaannya tadi dengan segera tanpa rehat. Perjalanan yang mengambil masa dua jam untuk pulang ke istana juga sememangnya meletihkan.

Tapi, letih pun letih lah. Diana tak kisah. Janji hari ini dia dapat bertemu dengan kekasih hatinya.

Tengku Eddie!

Dua hari tidak bertemu dengan suaminya adalah satu penyeksaan yang maha hebat.

Mana taknya, beberapa yang hari lepas Eddie meminta agar Diana untuk pulang 3 hari lewat dari lelaki itu. Supaya tidak menimbulkan rasa curiga orang-orang di istana, Eddie dan Diana pulang ke istana pada hari yang berbeza.

Diana dapat lihat riak wajah Eddie seperti berat untuk melepaskan Diana di kampung seorang diri tanpa dia. Bertambah cemberut wajah Eddie apabila melihat reaksi gembira Diana kerana diberikan cuti lebih untuk tinggal di kampung.

Yalah, Diana kan jarang pulang ke kampung dan Eddie pula tidak mudah untuk membenarkannya keluar dari istana di dalam tempoh yang lama.

Nak pergi bandar sekejap pun bukan main susah. Jadi, bila Eddie memberikan dia kebenaran untuk memanjangkan cutinya, mestilah dia tidak akan melepaskan peluang.

Tiga hari bukannya lama sangat pun. Ayat itu digunakan Diana untuk memujuk Eddie yang asyik merengek padanya sewaktu hari Eddie mahu berangkat pulang ke istana.

Padahal sepanjang tiga hari itu Diana juga turut merindui Eddie. Terlalu rindu!

Tapi hari ini akhirnya Diana dapat melunaskan segala rindu yang tertanggung.

Diana segera berdiri dan bersedia untuk ke bilik tidur Eddie. Hari ni rasanya Eddie cuti jadi pasti lelaki itu ada biliknya.

Sepanjang mengenali Eddie, dia melihat Eddie lebih suka terperap di dalam bilik menelaah buku dari keluar bersuka ria seperti orang lain.

Ulut buku rupanya!

Tapi bila bersama Diana, Eddie jadi ulat lain pula.

Ulat bulu.

Beg kertas putih berisi apple pie dibelinya di kedai bakeri tadi di bawa bersama menuju ke bilik Eddie.

Sebaik saja melangkah keluar, Diana perasan ruangan dapur hari ini lebih meriah daripada biasa. Lebih banyak tenaga pekerja di perlukan di dapur untuk memasak makan malam buat keluarga diraja malam ini.

Begitu juga apabila Diana melintasi ruang legar istana itu sewaktu dia tiba di istana pagi tadi. Ruang legar yang selama ini hanya kosong sudah dihiasi dengan karpet baldu bewarna hitam. Beberapa buah meja dan kerusi putih juga sudah di susun rapi memenuhi ruang legar itu.

Hiasan ruang legar yang ringkas namun masih menampakkan ciri elegan dan mewah. Mungkin malam ini atau esok  istana ada acara yang besar jadi kerana itu semua orang yang berada di istana kelihatan sibuk.

Kecuali dia.

Setakat ini tiada sesiapa pun yang menemuinya untuk turut serta membantu apa-apa yang patut. Batang hidung Lin pun tak nampak dari tadi. Diana rasa gadis itu mungkin sedang sibuk juga seperti orang lain.

Diana meneruskan lagi perjalanannya untuk ke bilik Eddie.

"Diana?"

Perjalanan Diana terhenti seketika.

DIANA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang