Borang putih di hadapan Eddie direnung tanpa berkedip. Sesekali Diana menggigit bawah bibir seperti memikirkan sesuatu.
Betulkah keputusannya untuk berkahwin dengan Eddie? Apa akan jadi dengan masa depannya nanti? Benarkah mendiang ibunya yakin bahawa lelaki bernama Eddie ini dapat menjaga dan melindunginya?
Persoalan-persoalan itu sentiasa berlegar di dalam fikiran Diana sejak dia membuat keputusan untuk menerima permintaan mendiang Puan Janet dan Bonda Tya untuk disatukan dengan Eddie.
Diana angkat wajahnya untuk melihat wajah Bonda Tya. Riak muka orang tua itu sangat gembira dan teruja sejak Diana menyatakan keputusannya untuk bersetuju berkahwin dengan Eddie.
Begitu jugakah riak wajah Puan Janet sekiranya ibunya masih hidup?
Ah, ibu.
Kalau keputusan Diana ini dapat menggembirakan ibu, Diana akan buat apa saja untuk ibu.
Wajah Eddie yang berada di sebelahnya pula direnung. Wajah itu sangat tenang. Setelah juru nikah itu memberikan borang perkahwinan kepada mereka, Eddie membaca detail pada borang tersebut dan terus menurunkan tandatangan tanpa rasa ragu.
"Diana." panggilan lembut dari Bonda Tya menyedarkan lamunan Diana.
"Ya?" jawabnya.
"Giliran Diana pula yang turunkan tandatangan." beritahu Bonda Tya.
Eddie menolak borang beserta pen ke arah Diana tanpa memandang wajah gadis itu.
Dengan teragak-agak, Diana ambil pen hitam itu dan merenung borang di hadapannya. Setiap patah perkataan yang tertulis pada borang tersebut dibaca satu persatu namun satu pun tidak dapat di hadam oleh Diana. Perasaan cuak bercampur ragu-ragu menguasai dirinya.
Ya Tuhan, betulkah apa yang aku buat ni?
Wajah Eddie di pandangnya sekali lagi. Lelaki itu hanya diam dan masih beriak tenang seperti tadi.
"Diana okay ke ni?" soal Bonda Tya menyentuh tangan Diana.
"Hah? O-okay." jawab Diana.
Tak apa, ini semua demi ibu. Diana cuba memberi keyakinan pada diri sendiri.
Satu hembusan nafas keluar dari mulutnya dan tanpa berlengah lagi Diana terus menurunkan tandatangan pada borang tersebut.
"Dah." Diana menyerahkan borang tersebut pada jurunikah yang duduk dihadapan dia dan Eddie.
"Syukur." makin lebar senyuman Bonda Tya.
Dia berdiri dan terus menghampiri Eddie dan Diana. Tubuh pasangan pengantin baharu itu dipeluk erat.
"Tahniah dan selamat pengantin baru untuk anak dan menantu ibu." kedua pipi Eddie dan Diana diusap lembut.
"Thanks, ibu." ucap Eddie menyentuh tangan ibunya.
Diana hanya senyum sumbing membalas ucapan Bonda Tya. Berbulu telinganya mendengar ayat 'Pengantin Baru' yang keluar dari mulut ibu mertuanya tadi.
Tak sangka, mulai malam ini dia sudah bergelar sebagai isteri orang. Isteri kepada adik mendiang teman lelakinya sendiri.
'Eilias. Maafkan saya, sayang. Saya buat semua ini untuk ibu.' Diana tunduk untuk menahan perasaan hibanya apabila teringatkan Eilias.
"Diana." Bonda Tya angkat wajah Diana supaya memandangnya.
"Ibu Diana pasti gembira tengok Diana sekarang." tuturnya.
Diana angguk perlahan lalu memeluk Bonda Tya.
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...