Setiap celahan rak buku kayu itu dilap dengan penuh teliti tanpa meninggalkan sedikit pun debu. Diana menghembus nafas berbaur kepuasan setelah dia melihat rak buku yang dilapnya kelihatan bersih dan berkilat.
Anak matanya bergerak memerhatikan setiap koleksi buku milik Eddie yang tersusun rapi pada rak buku tersebut. Dia sempat kagum dengan sikap Eddie yang gemar membaca sekiranya lelaki itu ada masa terluang.
Sedang mata Diana bergerak menilik setiap tajuk buku yang disusun pada rak itu, anak matanya berhenti pada satu bingkai gambar yang terletak elok pada rak tersebut. Senyuman Diana terus terukir apabila terlihat gambar itu.
Bingkai gambar di ambil dan jari Diana membelai-belai figura yang ada dalam gambar yang dipegangnya.
"I missed you, Eillias." bisiknya perlahan.
Gambar Eillias bersama Eddie sangat mencuit hati Diana. Melalui gambar yang dilihatnya, Diana dapat mengagak adik beradik kembar ini mempunyai hubungan yang sangat akrab.
"Terlalu awal untuk awak pergi tinggalkan saya, sayang." ucap Diana sedikit sayu.
Sepanjang bersama Eillias, lelaki itu berjaya memenuhi jiwa Diana dengan cinta yang mampu membahagiakan dirinya. Pada saat Diana menghadapi kesedihan dengan kematian ayahnya serta rasa marah Diana dengan kehadiran Aubriella dan ayah gadis itu dalam hidup Diana, Eillias lah yang sentiasa ada di samping Diana. Hanya Eillias yang memahami perubahan sikap Diana. Semua orang membenci Diana kerana sifat kejamnya kecuali Eillias.
Bingkai gambar itu dilekapkan pada dadanya seakan-akan sedang memeluk Eillias. Rindunya pada lelaki itu hanya Tuhan saja yang tahu.
"Hai, Diana!"
Suara Kaizer yang tiba-tiba muncul dari muka pintu memeranjatkan Diana. Dia terus berpaling melihat Kaizer lalu bingkai gambar ditangannya disembunyikan ke belakang.
Kelihatan Eddie dan Rachel juga turut bersama Kaizer memasuki bilik bacaan Eddie.
"Awak buat apa tu, D?" soal Kaizer.
"Hah? Err-hmm mengemas." jawab Diana menunjukkan kain buruk di tangan kanannya.
"Tolong buatkan air." arah Eddie tanpa memandang Diana.
Mereka bertiga lalu menempatkan diri di sofa.
Diana angguk perlahan mendengar arahan dari Eddie. Matanya sempat terlihat akan kehadiran Rachel di sisi lelaki itu.
Sejak kebelakangan ini, Eddie banyak menghabiskan masanya bersama Rachel. Dan Rachel juga selalu berkunjung ke istana ini untuk menemui lelaki itu.
Hubungan rapat Eddie dan Rachel semakin membuatkan Diana berusaha untuk membuang perasaannya pada Eddie. Dia tahu di dalam hati Eddie, tidak ada ruang buat dirinya. Diana sedar akan hal itu.
Biarlah masa berlalu untuk memulihkan perasaan Diana yang sakit. Dia yakin suatu hari nanti perasaannya akan kembali seperti dahulu. Tiada lagi rasa sayang buat lelaki itu.
"Buat apa lagi tercegat dekat situ? Kau dengar tak aku suruh kau buat apa tadi?" tanya Eddie menghentikan lamunan Diana.
"Hah? Err-maaf." ucapnya lalu meletakkan bingkai gambar di atas rak buku tersebut dan terus melangkah keluar dari bilik.
"Kau ni, Ed. Jangan lah kasar macam tu sangat dengan si Diana tu. Kesian dia." tegur Kaizer setelah mendengar nada kasar Eddie.
Eddie membalas teguran Kaizer dengan jelingan mautnya.
'Sibuk.'
"Dia ni memang, Kai. Nanti kalau Diana tu lari tak nak kerja dengan you lagi, padan muka you." Rachel pula menyambung.
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...