27| D I A N A

32.4K 1.3K 61
                                        

"D, berapa banyak gambar lagi awak nak ambil tu? Jom lah makan kejap." jerit Rachel dari jauh.

Diana yang masih asyik mengambil gambar cengkerang di pasir memalingkan wajahnya ke arah suara Rachel di bawah pokok rendang tempat mereka berkelah pada petang itu.

Seronok sangat dapat handphone baru dari Eddie, sampai lupa semua benda.

"Okay!" jawabnya lalu mempercepatkan langkah untuk mendekati mereka yang lain.

Sebaik saja sampai, Diana terus melabuhkan punggung di sebelah Rachel.

Diana perasan kelibat Eddie sejak mereka tiba ke sini belum juga muncul dari tadi. Hanya kehadiran Liam dan Rachel saja di sini yang leka menjamu selera di atas tikar sambil menikmati pemandangan pantai.

Matanya meliar mencari keberadaan Eddie di sekeliling pantai tersebut namun hampa. Selepas kejadian manis yang terjadi di antara dia dan Eddie di pantai pagi tadi, Diana langsung tidak bersua muka dengan lelaki itu sehingga sekarang.

Ingin bertanya pada Rachel, tapi Diana terlalu malu. Lagi pula, dia takut Rachel akan curiga. Namun, hati Diana meronta-ronta untuk menemui Eddie. Entah kenapa dirinya terlalu merindui lelaki itu walaupun baru saja bertemu pada pagi tadi.

"D, termenung apa lagi tu? Nah, makan ni." Liam menghulurkan pinggan kertas berisikan sepotong pizza Hawaiian Chicken bersama beberapa biji buah anggur hijau.

"Oh, thanks." badan Diana sedikit tersentak dengan sergahan kecil Liam lalu menyambut pinggan dari tangan Liam.

Pizza itu terus disuakan ke mulut sambil matanya masih setia meliar mencari Eddie.

"Tengku Eddie dengan Tengku Kiazer mana, Cik Rachel?" soalan dari Liam menarik minat Diana. Dia juga turut memandang Rachel untuk menunggu jawapan dari gadis itu.

Liam seperti dapat mendengar suara hatinya untuk mengetahui keberadaan Eddie.

"Tadi katanya diaorang nak pergi bandar kejap. Ada meeting dengan klien. Alah, biasalah anak raja dua orang tu. Cakap saja pergi bercuti tapi tetap juga sibuk nak bekerja. Sekejap lagi datanglah tu." beritahu Rachel membuatkan kepala Diana dan Liam serentak mengangguk.

'Tak bagitahu aku pun.' Diana mencebik dalam diam.

Pizza yang ada di tangannya di gigit dan mozzarella cheese ditarik kasar untuk melepaskan geram.

"D, dah besar panjang pun masih comot juga ke kalau makan?" ibu jari Liam yang singgah di tepi bibir Diana membuatkan dirinya terkejut.

"Hah? Oh..." Diana menolak lembut jari Liam lalu mengelap kotoran pada mulutnya menggunakan tisu.

"Diana dengan Liam ni ada apa-apa ke?" pertanyaan mengejut dari Rachel membuatkan Diana dan Liam serentak memalingkan wajah mereka ke arah Rachel.

Gadis itu dilihat mereka mengukir senyuman penuh makna.

"Eh, mana ada Cik Rachel." nafi Liam menggeleng kepala. Jelas kelihatan wajah merah Liam tanda dia malu diajukan soalan seperti itu.

"Betul ke ni?" tanya Rachel lagi mengecilkan mata.

"Betul, Cik Rachel. Takkan saya nak tipu Cik Rachel pula." jawab Liam lagi bersungguh-sungguh menafikan tanggapan Rachel.

Kalau betul sekalipun, sudikah gadis sempurna seperti Diana mahu bersama dengan lelaki biasa sepertinya?

Wajah Diana dikerling dan riak gadis itu kosong sehingga sukar untuk dibaca.

"Tak nak mengaku, sudah. Tapi saya tengok awak berdua ni cute lah. Serasi." puji Rachel lagi memandang Diana dan Liam silih berganti.

DIANA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang