"Bonda Tya?"
Langkah Aubriella terhenti.
"Bonda Tya buat apa di sini?" soal Aubriella hairan.
Kehadiran Bonda Tya berdiri di hadapan penjara Puan Janet mengundang perasaan aneh Aubriella. Sepanjang ibu tirinya itu di penjarakan di sini, ini pertama kali dia terserempak dengan Bonda Tya datang melawat ke penjara Puan Janet.
"Er, Bonda cuma nak melawat banduan-banduan kita di sini." jawab Bonda Tya.
"Bonda naik atas dulu. Nanti Ella pergi ke taman ya. Bonda dah siapkan minum petang. Bawa Martin sekali." pesannya.
Aubriella cuma angguk kecil.
"Saya pergi dulu." kata Bonda Tya pada Puan Janet di sebalik penjara tersebut sebelum melangkah pergi.
Setelah Aubriella benar-benar pasti pemergian Bonda Tya dari situ, dia datang menghampiri Puan Janet bersama senyuman sinisnya.
Puan Janet hanya tunduk tidak berani memandang wajah Aubriella.
"Bonda Tya cakap apa dekat mak cik?" soal Aubriella.
"Tak ada apa-apa. Kami cuma borak kosong saja." jawab Puan Janet pula.
"Ibu dengan anak sama saja. Suka cari perhatian. Pandai memilih pula tu nak cari perhatian dekat siapa. Kenapa? Makcik dengan Diana nak jadi permaisuri pula di istana ni? Tak puas dah tumpang harta orang lain selama ni sampai sanggup bunuh orang?" Aubriella memeluk tubuh melihat wajah Puan Janet dengan penuh kebencian.
"Apa kamu merepek ni, Ella?" soal Puan Janet.
"Ella?" Aubriella ketawa sinis.
"Mulut jijik macam makcik tu tak layak panggil saya dengan nama tu." beritahunya.
"Makcik dengan Diana memang jahat. Makcik mengaku tu. Tapi tuduhan kamu tu langsung tak berasas. Apa bukti yang makcik bunuh ayah kamu? Makcik bukannya gila sampai nak bunuh suami sendiri." Puan Janet mempertahankan diri.
"Diam!" jerit Aubriella.
"Saya pun bukannya bodoh untuk percaya apa yang makcik cakap. Mana ada penjenayah nak mengaku salah sendiri? Sebab itu makcik akan meringkuk dalam penjara ni sampai makcik mati. Dan Diana akan terus terseksa menjadi hamba dalam istana ni sampai bila-bila." ujar Aubriella.
Derita Diana dan Puan Janet memberikan kegembiraan buatnya.
"Kamu bukan bodoh. Tapi kamu terlalu ego untuk menerima semua ini. Hati kamu dipenuhi dengan dendam sampai kamu buta hendak menilai kebenaran yang sebenarnya. Dan percayalah Ella, kamu takkan pernah rasa bahagia bila kamu benarkan perasaan dendam itu bersarang dalam hati kamu. Makcik dengan Diana pernah rasa dan tengoklah apa yang berlaku seka-"
"Aku kata diam!" jeritan Aubriella menghentikan kata-kata Puan Janet.
"Jangan samakan saya dengan manusia hina macam makcik dan Diana. Saya jadi seperti ini disebabkan perbuatan Diana dan makcik. Tapi sekarang makcik nak cakap saya pula yang jahat?" pandangan mata Aubriella penuh dengan dendam. Hilang riak wajah polosnya.
"Makcik dan Diana jadi seperti dulu pun disebabkan oleh a-"
"Pengawal! panggil Aubriella.
Dia tidak sanggup lagi mendengar apa yang akan dituturkan oleh orang tua itu.
Dua orang pengawal penjara datang menghadap Aubriella.
"Bawa orang tua ni ke bilik hukuman sekarang."
* * * * *
"Ibu!"
Air mata Diana jatuh.
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...