Renungan tajam Eddie membuatkan Diana kalah. Dirinya tidak berdaya melawan pandangan Eddie yang tepat mengena ke arah anak matanya.
Kepala Diana hanya tunduk sambil jarinya menguis hujung baju menunggu kata makian yang bakal dilemparkan kepadanya.
Kebisuan Eddie sejak tadi semakin menyeksa Diana. Setelah menjadi bahan tarik-menarik antara Eddie dan Kaizer tadi, lelaki itu berjaya membawanya ke pantai dan sekarang dia menjadi bahan renungan Eddie pula.
'Cepatlah tengking aku kalau kau betul-betul marah!'
Walaupun Diana sendiri kurang pasti apa salahnya terhadap Eddie, dia sudah pasrah dengan nasib yang bakal dihadapinya.
"Why are you doing this to me?" soal Eddie perlahan.
Diana diam.
Dia hairan dan kurang faham dengan soalan yang diajukan Eddie.
'Apa yang aku dah buat?' Diana kembali bertanyakan soalan itu kepada diri sendiri.
"Answer me, Diana." lengan gadis itu digoncang membuatkan kepala Diana perlahan mendongak melihat Eddie.
Mata lelaki itu masih tajam merenungnya.
"My heart hurts." tuturnya lagi.
Diana masih membisu.
"Because of you." jari Eddie menunding Diana.
Sebelah kening Diana di angkat tinggi. Eddie semakin merepek.
"M-maksud Tengku?" soal Diana gagap.
"I supposed to ask that question for you. Apa maksud kau buat benda tu depan mata aku? Kau memang sengaja nak bagi aku sakit hati? Kau nak duga perasaan aku?" soalan bertubi-tubi dari Eddie membuatkan Diana pula yang bercelaru.
"Apa yang Tengku cakapkan ni? Saya tak faham." Diana semakin pelik.
"Itulah masalah kau sekarang. Kau tak faham. Dan kau takkan pernah faham perasaan aku." kedua belah bahu Diana dicengkam erat.
"Perasaan apa yang saya kena faham? Tengku boleh tak guna ayat ringkas supaya saya memang dapat faham apa yang Tengku cuba sampaikan?" soal Diana.
Anak mata Eddie bergerak ke kiri dan ke kanan cuba mengatur ayat yang terbenam di dalam fikirannya. Namun akhirnya luahan itu hanya bergema di dalam hati.
"Arghh- Forget it. L-lupakan apa yang aku cakap tadi." bahu Diana dilepaskan lalu Eddie memusingkan tubuhnya membelakangi gadis itu.
Kepalanya tunduk melihat butiran pasir sambil mengurut pelipis.
'Aku dah betul-betul gila.'
Hari ini perasaan cemburunya terlalu luar biasa. Walaupun Eddie tahu Kaizer sengaja menduga hatinya tadi, tetapi dia tidak boleh lari dari perasaan ini.
Dia sendiri sukar untuk merobohkan tembok ego yang hampir membunuhnya setiap kali melihat Diana bersama lelaki lain.
"Tengku..." lembut suara Diana memanggil Eddie.
Tangannya teragak-agak menggapai lengan Eddie namun akhirnya lengan itu dipeluknya juga.
Bahu Eddie terenjut kecil dengan sentuhan tiba-tiba dari gadis itu.
"Tengku okay ke ni?" Diana yang masih berdiri di sisi Eddie cuba memanjangkan leher untuk melihat riak wajah lelaki itu.
Dia tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran tuannya.
Eddie masih diam tidak memberikan sebarang respons.
"Tengku marah sebab saya tak uruskan sarapan Tengku ke? Bukan saya sengaja tak buat. Tapi Cik Rachel yang nak sangat buat sarapan untuk Tengku. Saya tak sampai hati nak tolak permintaan Cik Rachel. Maafkan saya, Tengku."jelas Diana bersungguh-sungguh.
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...