Pemanduan yang laju oleh Eddie membawa mereka berdua tiba di sebuah shopping mall terkemuka di bandar tersebut. Eddie memberhentikan keretanya di hadapan valet parking dan segera keluar dari kereta tersebut.
Pekerja yang bertanggungjawab untuk memarkirkan kereta Eddie telah masuk ke dalam perut kereta. Keberadaan Diana di situ mengejutkannya.
"Cik tak nak keluar ke?" soal lelaki itu ramah.
"Tak nak." jawab Diana ringkas.
Rajuknya tentang cincin tadi berbekas di dalam hati. Biarlah Eddie tu nak pergi ke mana dia suka. Dia masih berkecil hati dengan ayat bisa lelaki itu tadi. Jadi, melihat muka Eddie saja membuatkan hatinya menggelegak.
"Tapi cik, saya nak bawa kereta ni..."
"Tak kisahlah awak nak bawa kereta ni pergi mana sekalipun. Yang penting saya tak nak keluar." tegas Diana.
Bahu Diana yang bersandar pada pintu kereta membuatkan badannya hampir jatuh keluar dari kereta setelah merasakan pintu tersebut dibuka dari luar. Mujur saja seatbelt menahannya dari jatuh.
"Eh mangkuk, kau keluar sekarang." marah Eddie dari luar.
"Saya tak nak keluar. Lagipun saya bukan ada buat apa pun dekat dalam tu. Setakat nak jalan-jalan baik saya duduk dalam kereta saja." beritahu Diana masih berdegil.
"Kau jangan nak perasan eh? Aku bawa kau pergi sini bukan nak bawa kau jalan-jalan. Kau ingat kau siapa?Ingat sikit. Dalam atau luar istana kau tu tetap hamba aku. Pekerja aku." ujar Eddie membuatkan hati Diana terguris sekali lagi.
Kenapa dengan dia kali ini? Mudah sungguh terluka dengan setiap kata-kata Eddie.
"Cepat keluar. Yang kau termenung macam patung tu dah kenapa? Jangan sampai aku heret kau keluar dari kereta ni." tajam mata Eddie menikam wajah Diana.
Diana akhirnya mengalah. Seatbelt yang melingkari tubuhnya di buka dan terus keluar dari kereta. Pintu kereta dihempas kuat untuk melepaskan geram sehingga lelaki di dalam kereta itu terkejut.
"Puas?!" jerit Diana memeluk tubuh mempamer wajah geram.
"Jangan buat hal depan orang ramai macam ni. Jaga sikit air muka aku." Eddie menekan suaranya perlahan menahan marah.
Mata Diana melilau di sekeliling tempat itu dan dia dapat melihat orang yang berada di situ sibuk mengangkat tinggi telefon bimbit mereka untuk menangkap gambar figura mereka. Lebih spesifik lagi figura Eddie.
Yalah. Putera Raja paling kacak di kerajaan ini sudah ada di depan mata. Mestilah tak lepas peluang nak ambik gambar buat syok sendiri malam nanti.
"Sekarang ikut aku dan jangan banyak cakap." beritahu Eddie lalu membuka langkah untuk memasuki pintu masuk shopping mall tersebut.
Jelingan tajam diberikan pada Eddie sebelum dia mengekori lelaki itu dari belakang.
Sepanjang perjalanan mereka, gadis-gadis yang bertembung melihat Eddie menjadi gila. Ada yang sampai terjerit-jerit memanggil nama lelaki itu namun Eddie masih beriak biasa tanpa membalas reaksi peminatnya.
"Sombong." Diana mencebik bibir.
Diana dan Eddie tiba di sebuah supermarket yang bertempat di level LG.
"Ambik trolley dekat hujung tu." arah Eddie sebaik saja mereka masuk.
Diana angguk kecil dan mempercepatkan langkah untuk mengambil trolley seperti yang dipinta. Dia datang semula bersama trolley dan hanya diam membuntuti lelaki itu dari belakang.
"Banyak juga Tengku beli? Nak buat apa semua ni Tengku?" soal Diana pelik.
Dari tadi dia melihat Eddie mengisi segala makanan dalam kuantiti yang banyak ke dalam trolley.
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...