Deringan jam loceng yang dibawa dari istana serta-merta mencelikkan mata Diana. Tubuhnya yang berbaring selesa diubah kepada posisi duduk menyandar. Rasa malas dan mengantuk yang masih tersisa cuba dilawan sehabis mungkin.
Bukan selalu Diana merasakan keempukan tilam yang jauh lebih selesa berbanding tilamnya yang nipis di istana. Tidur di dalam bilik yang luas serta aircond yang dipasang sepanjang malam juga membuatkan Diana tidur dengan sangat lena.
Sumpah dia tidak menyesal menerima ajakan Kaizer tempoh hari untuk bercuti ke sini. Merasalah juga tidur selesa seperti ini walaupun sekejap.
Kaki Diana turun dari katil dan terus mengambil tuala mandi lalu bergerak ke bilik air dengan langkah yang perlahan.
Usai membersihkan diri, Diana menuju ke beg bagasinya untuk mencari pakaian. Seluar slack hitam serta baju long-sleeve warna merah jambu pastel dipilih untuk disarung pada tubuh langsingnya.
Basic routine skincare dikenakan pada wajahnya serta lip balm jenama sebamed dioles pada bibir.
Sejak Diana mengabdikan dirinya menjadi hamba di istana, penampilan Diana berubah 360 darjah. Tiada lagi make up yang boleh tahan tebal dicontengkan ke wajahnya serta pakaian jenama mahal dan singkat menghiasi tubuhnya.
Inilah Diana yang sekarang.
Sederhana.
Lagipun peraturan di Kerajaan Grandbell, seseorang hamba tidak boleh berpakaian terlalu menonjol dari keluarga kerabat sewaktu berada di luar dan dalam istana atau bersama dengan ahli keluarga kerabat atau sebaliknya.
Entahlah.
Diana sendiri kurang faham dengan otak manusia yang mewujudkan peraturan pelik seperti itu.
Namun, dia mengakui penampilannya yang sekarang jauh lebih memberikan keselesaan pada dirinya.
Selesai menyiapkan diri, jam loceng yang berada di atas meja ditilik.
Jarum panjang hampir menunjukkan pukul 6:30 pagi. Diana segera keluar dari biliknya untuk pergi ke bilik Eddie pula.
Ya, betul. Tugas Diana mesti dijalankan seperti biasa walaupun mereka berada di luar kawasan istana.
Itu syarat yang diletakkan oleh Eddie sekiranya dia ingin turut serta pergi bercuti ke Pulau Dason.
Jadi, sebab Diana nak ikut punya pasal, terpaksalah dia menuruti syarat lelaki itu.
Spare kad untuk bilik Eddie segera dicucuk pada lubang nipis di pintu tersebut setelah Diana tiba di hadapan pintu bilik Eddie.
Kakinya melangkah perlahan menuju ke katil yang lebih besar dari yang ada di biliknya.
Lampu tidur dinyalakan lalu Diana duduk di sebelah pembaringan Eddie.
"Tengku, bangun. Dah 6:30." beritahu Diana menggoncang lembut bahu Eddie.
"Hmm..."
Mata Eddie terbuka sedikit. Eddie terus bangun dan menyandarkan belakang tubuhnya pada katil. Kepalanya dipegang kerana terasa sedikit berpinar. Mungkin kesan alkohol yang diteguknya bersama Kaizer semalam masih tersisa.
"Saya siapkan air panas untuk Tengku mandi ya." Diana berdiri setelah memastikan Eddie sudah sedar dari tidur sepenuhnya.
"D-Diana..." panggil Eddie sedikit gugup.
"Ya?" kaki Diana menghampiri Eddie semula.
"Duduk." arah Eddie dengan suara mendatar.
Tanpa banyak soal, Diana duduk semula di birai katil menunggu Eddie membuka bicara.
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...