"Diana!"
"Tengku Eddie!"
Pelukan Diana dan Eddie serta merta terlerai sebaik saja suara Lin tiba-tiba muncul di muka pintu.
Sempat Diana melihat wajah sengihan Lin yang terlihat akan adegan mesra Diana dan Eddie sebentar tadi.
Dah berbaik ke mak bapak si Emir ni sampai berani peluk-peluk macam tu?
"L-lin ada apa ni?" soal Diana menahan malu.
Terasa membahang wajahnya kerana menyedari tindakan sendiri yang membenarkan dirinya dipeluk Eddie sedangkan egonya masih mempertahankan perasaan marah untuk lelaki itu.
Patutkah peluang kedua diberikan untuk Eddie? Sempat soalan itu terlintas di fikirannya.
"Hah? Hmm..." sengih Lin terus hilang.
"E-emir..." wajah teruja Lin pula muncul.
"Emir? Kenapa dengan Emir, Lin?" Diana terus berlari ke arah Lin.
Kedua belah tangan Lin dipegang dengan wajah penuh berharap.
"Emir ada dekat bawah. Ada orang bawa dia balik rumah." beritahu Lin membuatkan wajah Diana berubah ceria.
Kepala Diana terus berpaling ke belakang untuk melihat Eddie. Mereka berdua saling bertukar senyuman dan serentak berlari menuruni anak tangga untuk mendapatkan Emir.
Nafas Diana dihembus penuh kelegaan serta senyuman semakin melebar bersama matanya yang berkaca sebaik saja melihat tubuh kecil Emir di dalam dukungan seorang wanita yang tidak dikenalinya.
Senyuman Emir terukir apabila terpandang akan Diana yang semakin mendekatinya. Dari jauh tangan Emir didepa meminta Diana untuk mendukungnya. Mungkin kerana anak kecil itu juga turut gembira setelah beberapa lama tidak bertemu dengan ibunya.
"Emir, anak mummy!" tubuh Emir terus dibawa ke dalam dakapannya.
Diana menangis semahu-mahunya.
"Emir pergi mana sayang? Mummy risau tahu? Mummy rindu Emir." pipi montel Emir dicium bertalu-talu.
Syukur anak kesayangannya selamat.
"I'm so glad you're back, my baby boy. Bukan mummy je risau. Daddy pun. Jangan buat mummy sedih lagi tau." Eddie menghampiri Diana dan Emir. Kali ini giliran Eddie pula menikmati kecomelan pipi Emir dengan ciumannya.
Menyedari keberadaan Eddie di situ, Emir seperti meminta agar lelaki itu mendukungnya pula. Dan tanpa banyak bicara, Diana terus menyerahkan Emir kepada Eddie.
Diana tersenyum kecil. Walaupun baru beberapa minggu Emir mengenali Eddie namun hubungan mereka berdua terjalin erat secara semulajadi.
Diana memang kejam sekiranya dia masih berkeras untuk memisahkan Eddie dan Emir.
"D, cik ni lah yang bawa Emir ke sini." Lucy tiba-tiba bersuara.
Serentak kepala Diana dan Eddie memandang seorang gadis di hadapan mereka.
Mereka hampir terlupa pula dengan kehadiran gadis itu disebabkan terlalu gembira setelah Emir ditemukan semula.
"Cik...?" sebelum itu Diana mahu tahu nama gadis cantik dihadapannya ini.
"Karina." senyuman kecil diukir.
"Terima kasih banyak-banyak cik Karina sebab bawa anak saya balik. Kalau cik tak ada, saya tak tahu nasib Emir macam mana sekarang. Terima kasih banyak-banyak dan maaf kalau Emir ada menyusahkan cik Karina." kedua tangan gadis dihadapannya digenggam erat.
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...