"What?"
Eddie angkat kening memandang Kaizer. Pandangan sinis lelaki itu sedikit menjengkelkannya.
Kaizer hanya menggelengkan kepala bersama dengusan kecil di mulutnya. Eddie yang masih berselera menghabiskan bubur ayam di atas katil itu dipandang penuh rasa geram.
"Kalau kau datang sini setakat nak tunjuk bad mood kau tu baik kau balik. You're just ruinning my appetite." jeling Eddie.
"Sampai bila Ed?" soal Kaizer setelah lama mendiamkan diri.
Decitan kuat Eddie kedengaran jelas di mulutnya.
"Sampai bila apa?" Eddie mengangkat kening. Sudu pada tangan dihempas ke dalam mangkuk.
"Kau tak payah nak berpura-pura depan aku. Kau tahu apa yang aku maksudkan." Beritahu Kaizer lagi.
"Straight to the point, Kai. Aku tak ada masa nak main teka-teki dengan kau." Eddie mula rasa jengkel.
"Sampai bila kau dengan Diana nak jadi macam ni? Kalau korang berdua tak kesian dekat diri sendiri, cuba fikir sikit pasal Emir. Dah ada anak sorang pun perangai macam budak-budak sekolah tengah bercinta. Tak matang. Diana tu dah elok nak jenguk kau sakit semalam and aku nampak dia menyesal dengan layanan dia pada kau selama ni lepas kau datang balik dalam hidup dia. Tak faham betullah aku. Apa yang susah sangat untuk korang berdua berbaik macam dulu lagi? You guys love each other so what's the problem? Aku pulak yang pening kepala ni tahu tak?" luah Kaizer panjang lebar.
"You asked me what's the problem? Soalan tu kau patut tanya pada Diana sebab aku rasa dia lebih tahu. Aku hampir putus asa, Kai. Setiap hari aku cuba yakinkan dia yang aku masih sayangkan dia, aku menyesal dengan apa yang dah jadi dulu. Aku cuba tunjukkan pada dia yang aku betul-betul ikhlas. Tapi Diana tak pernah sedikit pun bagi peluang untuk aku."
"Setiap kali dia pandang aku, dia bercakap dengan aku, aku dapat rasakan kebencian yang ada pada diri dia untuk aku. Diana betul. Aku dengan dia memang tak patut bersama. Mungkin dia akan lebih bahagia bersama orang lain. Aku ni cuma akan buat dia menangis setiap hari."
"I think this relationship is done. Berpisah adalah jalan terbaik untuk aku dengan dia." tutur Eddie lemah.
Kini hatinya sedang sakit. Apalah sangat luka yang ada pada tubuhnya berbanding apa yang sedang di alami hatinya ketika ini.
"Kau jangan jadi bodoh, Ed. Aku tak nak kau menyesal macam dulu lagi. Tak cukup lagi ke sepanjang 2 tahun ini mengajar kau betapa sakitnya kehilangan Diana dalam hidup kau?" wajah sayu Eddie dipandang.
"Aku memang bodoh, Kai. Aku bodoh sebab dah lukakan hati Diana. Aku bodoh sebab aku lebih percayakan orang lain berbanding isteri aku sendiri. Dan disebabkan kebodohan aku dulu aku dah kehilangan Diana. Walaupun dia dah ada di depan mata aku tapi aku macam tak kenal dia lagi. Diana dah jauh berubah. Dia bukan Diana yang aku kenal dulu."
"Dan aku tahu apa yang berlaku ini hanya salah faham tapi kalau Diana tak dapat nak maafkan aku lagi aku terima. Itu memang balasan untuk aku."
Kaizer dapat melihat kekecewaan yang tergambar di wajah Eddie.
"Jadi kau memang betul-betul nak berpisah dengan Diana? Macam apa yang aku tadi Ed, aku tak nak kau menyesal sebab lepaskan Diana. Sebab aku tahu kau masih cintakan dia. Aku percaya cinta kau pada dia tak pernah berubah." Kaizer cuba memujuk Eddie lagi.
"Diana yang berkeras nak kan perpisahan ini. Dia tak cintakan aku lagi. Jadi kenapa aku mesti paksa dia kalau Diana tak dapat nak terima aku kan? Lagipun aku dah penat, Kai. Dan aku pun ada maruah. Aku tak nak sia-siakan perasaan aku untuk orang yang tak sudi."

ANDA SEDANG MEMBACA
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...