15| D I A N A

26.5K 1.2K 57
                                        

Diana menuju ke dapur untuk turut serta menyiapkan makan tengahari untuk keluarga kerabat diraja di istana itu setelah selesai mengemas bilik Eddie.

Apabila kaki Diana melangkah ke ruangan dapur, kehadirannya di situ terus di sambut dengan riak yang tidak senang oleh hamba-hamba yang bertugas di dapur tersebut. Ada yang sampai berbisik-bisik menjelingnya. Sempat juga Diana menangkap ayat yang kurang senang dilontarkan kepadanya.

Diana pelik. Ya. Sepanjang dia bekerja di istana ini, hamba-hamba yang berada di istana ini langsung tidak menyukai kehadirannya. Jika guna ayat lebih kejam lagi, tengok muka dia pun boleh kena allergik memandangkan semua hamba di istana itu sangat menyanjungi dan menyukai Aubriella yang pernah dideranya dahulu.

Siapalah yang nak berpihak pada kakak tiri kejam seperti dia?

Nasib baik Lin dan Liam saja yang sudi berkawan dengannya.

Tetapi hari ini, aura kebencian yang dilontarkan kepadanya sangat luar biasa. Diana hanya cuba butakan mata dan pekakkan telinga sepanjang dia melakukan kerja di dapur tersebut.

Kehadiran Lin di dapur itu telah melegakan sedikit hati Diana. Jadi, cepat-cepat dia datang menghampiri Lin.

"Lin, nasib baik kau datang. Aku tak tahan tengok diaorang kat dapur ni. Pandang aku lain macam." bisik Diana pada Lin yang ingin memulakan pekerjaannya mengupas bawang.

"Siapa suruh kau cari pasal." beritahu Lin berwajah selamba.

Diana angkat kening tanda tidak mengerti.

"Cari pasal?" soal Diana.

"Ya Tuhan, D. Kau tak tahu apa-apa ke?" wajah selamba Lin bertukar terkejut pula.

"Tahu apa? Aku tak fahamlah. Kau cakap apa ni?" tanya Diana lagi.

"Eee kau ni kan. Kau tu duduk dalam istana bukan duduk dalam hutan. Gosip pasal diri kau sendiri pun kau tak tahu ke?" Lin mula geram dengan Diana.

"Gosip? Gosip pasal aku?!" buntang mata Diana.

Bila masa pula dia jadi artis sampai ada gosip ni?

"Kau ada tengok phone kau tak hari ni? Dekat twitter, ig, fb semua cerita pasal kau tahu tak?" beritahu Lin menunding jari pada Diana.

"Takkan gosip pasal aku jadi 'kakak tiri Cinderella' tu masih panas lagi kut. Benda tu dah lama jadi. Lagipun aku mana ada phone. Mana lah aku tahu." ujar Diana pelik sambil menggaru kepala.

Lin mengeluh berat sambil menggelengkan kepalanya.

"Kenapalah aku ada kawan bengap macam kau ni?"

"Kejap."

Lin menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket baju.

Setelah membuka aplikasi twitter, Lin terus menyerahkan telefon bimbit di tangannya kepada Diana.

"Nah, baca sendiri."

Telefon bimbit jenama Samsung itu di sambut oleh tangan Diana.

Anak mata Diana bergerak membaca sesuatu di skrin telefon tersebut bersama mulutnya yang terkumat-kamit menyebut setiap butir perkataan yang ada pada artikel yang di baca.

Sejurus selepas itu, mata bundar Diana membuntang. Tangannya menekup mulut tanda terkejut seakan tidak percaya.

"Lin..." lidahnya kelu.

"Sekarang kau dah tahu kenapa hamba-hamba dalam istana ni terutama sekali hamba perempuan yang gedik-gedik tu makin menyampah tengok kau?" tanya Lin.

DIANA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang