Eddie menumpukan fokusnya menyusun segala barang keperluan asas yang telah siap di bungkus di dalam plastik di atas sebuah meja. Semua barang keperluan ini akan diagihkan kepada semua penduduk kampung ini setelah aktiviti gotong royong di situ selesai.
Jadi, Eddie harus menyiapkan segala pekerjaannya. Untuk meminta pertolongan dari orang lain, Eddie tidak berjaya menemukan mereka yang lain. Mungkin semua masih sibuk menyelesaikan bahagian tugas masing-masing.
Lagi-lagi Diana. Sejak mereka sampai di kampung itu, mata Eddie asyik meliar mencari kelibat gadis bermata cantik itu. Namun, hanya hampa yang Eddie dapat. Wajah itu tidak muncul di depan matanya.
Eddie juga perasan sejak beberapa hari ini, Diana seakan-akan mengelak dari bertemu dengannya. Ada pun dia berjumpa dengan Diana apabila gadis itu menyelesaikan tugasnya mengurus keperluan Eddie. Selepas itu Diana akan menghilang lagi.
Mungkin kerana peristiwa yang telah berlaku di antara dia dan Diana tempoh hari. Eddie seperti dipukau pada ketika itu kerana berani mencium Diana. Dan itu kedua kalinya Eddie mengganggu bibir Diana.
Tapi peristiwa itu jugalah yang membuatkan Eddie sering tersengih seorang diri seperti orang gila.
Seperti sekarang.
"Hey Eddie, seorang aje?" tanya Kaizer setelah tiba di khemah menghampiri Eddie.
Sengihan Eddie terus mati. Wajahnya kembali serius.
"Dahtu kau nak berapa orang?" sindir Eddie pula. Tangannya masih sibuk bekerja tanpa memandang wajah Kaizer.
"Perghh kau ni Ed. Makin hari makin kuat ya singa menyalak dalam badan kau tu kan?" balas Kaizer menahan tawa sambil menggeleng kepala.
Susah sangat ke nak jawab elok-elok. Nasib baik kau tu favourite cousin aku.
Eddie hanya diam.
"Sengih-sengih tadi tu ingat crush lama ke?" tanya Kaizer lagi sengaja mengusik Eddie.
Lelaki itu hanya menjeling tajam pada Kaizer. Kaizer pula menahan tawanya melihat riak wajah Eddie. Riak wajah yang cuba di kawal. Orang bodoh pun bolrh baca riak wajah seperti itu. Riak wajah yang sedang dilamun cinta.
Eddie. Eddie.
"Kau apasal pandang aku macam tu? Dah jadi gay pula sekarang?" sindir Eddie. Dia tidak selesa apabila Kaizer memandangnya tanpa berkedip bersama senyuman seperti itu.
Selain itu, senyuman Kaizer juga menyakitkan hatinya. Ada lah tu sesuatu yang bermain di dalam fikiran Kaizer untuk mengenakannya lagi.
"Gay?!" buntang mata Kaizer.
"Muka macho penuh kelelakian macam ni kau tuduh gay?" Kaizer usap wajah kacaknya.
Eddie menjeling Kaizer lagi.
"Tapi kan Ed, kalau aku gay sekalipun aku tak minat lah dekat kau. Lagipun sekarang hati kau kan dah berpunya. Bidadari turun dari langit sekalipun kau langsung takkan pandang punya. Orang tu juga yang tetap cantik di mata kau. Dari dulu sampai sekarang." tutur Kaizer sengaja memancing Eddie.
"Kau merepek apa ni, sial? Sebab tu lah malas nak melayan kau ni. Aku pun boleh ikut sama jadi gila." balas Eddie.
Kerjanya terus terbantut dengan kehadiran Kaizer di sini.
"Ed, tak payah lah kau nak pura-pura macam ni." Kaizer menampar bahu Eddie. Keningnya turun naik berkali-kali menunjukkan sengihannya.
"Kau dah kenapa, gila?" Eddie mula rimas dengan Kaizer.
"Hey Ed. Tak payahlah nak berlakon depan aku. Sejak bila kau pandai berahsia dari aku ni? Sebelum ni okay je kau meluah perasaan cinta tak berbalas kau tu dekat aku dulu?" bicara Kaizer memaksa Eddie.
YOU ARE READING
DIANA
RomansaCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...