Kepingan pancake yang telah masak diletakkan di atas pinggan. Kopi hangat sudah pun dituang ke dalam cawan putih kegemaran Eddie. Diana meletakkan cawan berisi kopi tadi bersama pinggan di atas dulang hitam untuk ditatang ke bilik tidur Eddie.
Pasu putih yang terisi dengan bunga rose putih kegemaran Diana disertakan sekali di atas dulang untuk menambahkan seri sarapan Eddie pada pagi ini.
Comel juga ya kalau letak bunga rose putih pada dulang ini. Pasti Eddie juga suka.
Diana mengukir senyuman puas.
"Sedap sangat ke dia tu masak sampai Tengku Eddie tak nak sarapan sekali dengan keluarga dia setiap pagi?"
Kemunculan suara sumbang membuatkan senyuman Diana serta-merta kendur.
Dia kenal benar dengan suara itu.
Mona dan Sara.
Dua manusia itu paling anti dengannya kerana sudah diracuni Aubriella.
"Tengok muka dah tahu tak pandai masak. Mestilah tak sedap. Entah-entah dia pakai ubat guna-guna kut. Yalah kan. Takkan lah Tengku Eddie tu bengap sangat sampai tak pandai nak bezakan makanan sedap dengan makanan yang rasa macam sampah."
Tutur kata Mona disambut dengan hilai tawa sengau Sara.
Buruk benar bunyi ketawa. Serupa binatang merah jambu.
Diana mengetap gigi menahan marah.
Boleh dikatakan hampir setiap hari dia dilemparkan dengan kata-kata hinaan seperti tadi sehingga halwa telinga Diana sudah menjadi lali.
Namun, dia juga manusia biasa. Ada ketika cacian dan hinaan yang ditujukan kepadanya membuatkan dia hampir menitiskan air mata. Dan hingga ke suatu tahap Diana merasakan tidak ada gunanya dia berubah dan lebih baik jika dia tetap menjadi kakak tiri Cinderella untuk mempertahankan diri.
Dirinya dulu begitu kuat. Tidak seperti sekarang.
Lemah.
Cengeng.
Begitu besarkah dosanya dulu sehingga dia terus dipandang hina seperti ini?
Tiadakah sedikit pun peluang bagi Diana untuk menunjukkan kepada semua orang bahawa dia sudah tidak seperti dulu lagi?
Keluhan kecil hadir di bibirnya.
Mata dipejam seketika untuk menyerap segala sisa tenaga positif yang ada.
'Sabar, D sabar. Pekakkan telinga. Butakan mata.'
Diana angguk sendiri.
"By the way, lawa lah kau punya rantai ni. Kau beli mana?"
Penat mengejek Diana, mereka pada beralih topik lain pula.
"Hmm a-aku beli semalam. Dekat pasar malam." jawab Mona gagap.
Diana hanya menjadi pendengar. Sebaik saja kepingan pancake yang terakhir ini masak, dia berniat untuk terus melangkah keluar dari dapur sebelum dua ekor burung murai mulut longkang itu menyakitkan hati Diana lagi.
"Macam pernah nampak." beritahu Sara memerhati rantai yang dikenakan Mona.
"Ish, tak payahlah cerita pasal rantai ni lagi." dengus Mona.
Bibirnya dijuihkan ke arah Diana tanda isyarat kepada Sara agar kembali mengganggu gadis itu lagi.
Sara mengangguk perlahan bersama senyuman sinis.
"Harap tak muntah lah Tengku Eddie makan makanan serupa makanan anjing tu ya?" Sara memulakan serangan untuk kembali menyakitkan hati Diana.
Langkah Diana untuk keluar dari dapur terus terbantut. Hatinya terbakar semula mendengar hinaan itu.
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...