Kertas putih di tangan Diana di tenung sehingga dapat menembusi di sebalik kertas tersebut. Entah berapa kali keluhan berat keluar dari mulut Diana namun nampaknya tindakan mengeluh itu tidak akan merubah apa yang akan dialaminya sebentar lagi.
Semalam, Lin bertemu dengannya dan menyerahkan jadual tugas baharu untuk Diana mulai hari ini. Tiada yang lebih menyakitkan hatinya sepanjang hidup Diana selain apa yang dia lihat di dalam kertas tersebut.
Mulai saat ini, dia jadikan oleh Eddie sebagai hamba abdi peribadi lelaki itu. Dia pun tak tahu apa maksud hamba abdi peribadi ni. Yang penting semua ini di rancang pasti untuk menyeksa dia lagi.
Dan seperti biasa Eddie membuat ugutan bunuh pada ibunya sekiranya Diana menolak arahan tersebut.
Kaki Diana berhenti di hadapan pintu bilik Eddie. Dia berkira untuk masuk ke dalam bilik itu setelah apa yang telah dilakukan Eddie terhadapnya. Seminggu dia berjaya mengelakkan diri untuk bertemu dengan hitler jadian itu namun hari ini adalah hari malangnya lagi.
"Takkan tak ada jam kot sampai bangun tidur pun yang aku kena kejutkan?" bebel Diana sakit hati.
Diana melihat senarai tugas yang harus dia lakukan pada kertas tersebut. Dan perkara pertama yang mesti dilakukan adalah mengejutkan Eddie bangun dari tidur pada pukul 6.30 pagi setiap hari.
Dengan perlahan-lahan, Diana memulas tombol pintu bilik tidur Eddie. Kegelapan serta kesejukan bilik itu menyapa tubuh Diana apabila kakinya melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.
Telinga Diana dapat menangkap dengkuran halus dari Eddie. Lelaki itu masih nyenyak tidur di atas katilnya.
Kaki Diana menghampiri katil Eddie. Kedua belah tangannya bercekak pinggang sambil melihat sekujur tubuh Eddie masih kaku di dalam selimut tersebut. Pandangan Diana pada Eddie penuh rasa kebencian yang membuak-buak. Sama rasa seperti dia melihat wajah Aubriella.
Sempat dia membuat aksi ingin mencekik leher Eddie sebelum dia mengejutkan lelaki itu. Geram saja Diana benar-benar mahu mencekik anak raja itu namun dia belum sampai hati.
"Tengku Eddie, bangun." Diana buat muka menyampah apabila dia menggoyangkan tubuh lelaki itu.
"Bangun, Tengku. 6.30 dah ni." Diana masih berusaha namun badan Eddie masih kaku seperti tadi.
Diana mengeluh berat.
"Aku simbah dengan air nanti sia-sia je." bebel Diana perlahan.
"Tengku, cepatlah bangun. Saya banyak....arghhh!"
Diana terjerit kecil. Dia terkejut dengan tindakan Eddie yang menariknya dan membawa gadis itu ke dalam pelukannya.
Dia cuba untuk melepaskan diri namun pelukan Eddie terlalu erat.
"Good." Eddie tiba-tiba bersuara.
Dengan wajah yang masih mamai, Eddie memandang Diana bersama senyuman di bibirnya.
"Kau dah laksanakan tugas dengan baik." ujar Eddie.
Eddie terus bangkit duduk dan menolak Diana dari katil.
"Aduh." Diana terlentang di atas lantai. Dia mengusap bahu kirinya yang terhentak pada lantai.
"Celaka." maki Diana perlahan. Matanya tajam menghantar pemergian Eddie ke bilik air.
Diana bangun dan melihat tugas yang akan dilakukan seterusnya.
"Alamak!" mata Diana buntang.
"Aku lupa nak buat sarapan." Diana menepuk dahi sendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...