22| D I A N A

24.5K 1.1K 80
                                    

Pergerakan kecil Eddie di sebelah Diana membuatkan dirinya terus terjaga dari tidur yang lena sepanjang malam. Diana perlahan-lahan membuka kelopak mata dan anak matanya meliar di sekeliling bilik Eddie yang masih dilimpahi dengan suasana gelap.

Kepala Diana diangkat sedikit untuk menilik jam yang berada di atas meja bersebelahan katil Eddie.

6:00 a.m.

Diana merebahkan semula kepalanya di atas bantal.

Sempat hati Diana kagum dengan dirinya kerana bangun seawal ini tanpa mengunci jam. Mungkin body clock Diana sudah terbiasa untuk bangun dengan sendirinya.

Nafas Eddie yang terasa menyentuh pipi Diana membuatkan kepalanya terus berpaling ke arah lelaki itu.

Kedekatan wajah Eddie yang menyentuh wajahnya menyebabkan debaran jantung Diana mula menjengah sehingga telinganya sendiri dapat mendengar degupan itu dalam kesunyian bilik.

Diana lihat mata Eddie masih terpejam rapat. Pinggangnya dipeluk rapat oleh tangan lelaki itu seakan tidak membenarkan Diana beredar dari situ.

Senyumannya terukir tanpa sedar melihat lelaki disebelahnya yang masih enak diulit mimpi.

Perlahan Diana menggerakkan tubuh untuk menghadap Eddie supaya wajah itu dapat ditatap dengan lebih jelas lagi dalam kesamaran dari cahaya di balik tirai serta lampu tidur.

'Haih, tidur pun handsome.' puji Diana dalam hati.

Tangan Diana seakan terpukau untuk menyentuh pipi Eddie. Ibu jarinya bergerak lembut membelai pipi lelaki itu.

Benarkah perasaan yang mula tumbuh ini memang ikhlas untuk Eddie atau hanya kerana wajah lelaki ini terlalu mirip seperti Eillias?

Diana akui cintanya untuk Eillias masih ada. Dan ada waktunya dia merindui Eillias. Tetapi kehadiran Eddie membuatkan Diana keliru dengan perasaan sendiri.

Cinta yang Diana punya masih utuh buat Eillias namun apabila berada disamping Eddie jantung berdentum bahagia.

Tetapi Diana sedar sekalipun ada perasaan sayang dia untuk Eddie, cinta yang Eddie miliki tidak layak buat dirinya.

Diana tahu hati Eddie sudah dimiliki Rachel. Bukan dia.

Tangannya dilepaskan dari terus menyentuh pipi Eddie.

Keluhan kecil keluar dari mulut Diana setelah dia menyedari hal itu. Diana harus sentiasa beringat tentang perasaan yang sedang dia rasa untuk Eddie supaya suatu hari nanti dia tidak akan hanyut dan terluka.

Dan Diana juga tahu pada bila-bila masa saja Eddie akan mengakhiri perkahwinan mereka seperti yang pernah lelaki itu tuturkan dahulu.

Tangan Eddie yang melingkari pinggangnya dialihkan perlahan. Diana mahu bergegas pergi dari situ setelah berdebat dengan diri sendiri tentang kedudukannya di samping Eddie.

Bukan dia yang sepatutnya dipeluk, tidur di sebelah Eddie. Mana ada seorang hamba melakukan perkara sebegitu bersama tuannya sendiri.

"Where do you think you're going?"

Suara serak Eddie menghentikan sebelah kaki Diana yang hampir memijak lantai.

"Tengku..."

Walaupun suara lelaki itu perlahan namun mampu memeranjatkan Diana.

Dia memalingkan wajah ke arah Eddie yang juga sama memandangnya.

"Saya nak turun bawah. I shouldn't sleep here. This is not my place. I'm sorry, Tengku sebab tindakan saya melampaui batas. Saya..."

DIANA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang