53| D I A N A

25.9K 1K 48
                                    

Kaki milik Diana terus terpaku sebaik saja jasadnya tiba di sini. Kepala mendongak ke atas melihat istana yang sedang berdiri gah di hadapannya.

Dua tahun sudah berlalu selepas dia meninggalkan istana ini. Bagi Diana, di sini lah tersimpan sejuta kenangan dan rasa walaupun masanya berada di istana ini begitu singkat.

Hari ini semuanya bagaikan mimpi apabila dia menjejakkan kaki ke sini lagi. Diana sendiri juga sukar mentafsir perasaannya setelah kembali ke sini. Segala kenangan manis dan pahitnya di sini membuatkan perasaan Diana bercampur baur.

Sedih, gembira, takut.

"Diana..."

Gadis itu sedikit tersentak apabila merasakan tangannya disentuh.

"Jom, masuk." Eddie senyum ke arah Diana. Tangan isterinya terus ditarik lembut agar mengekori perjalanannya.

"Tengku?" Diana terlebih dahulu menahan lengan Eddie.

Lelaki itu berpaling semula memandang Diana.

"Ya, sayang?" Eddie mengangkat kening.

"S-saya takut." luah Diana. Kepalanya menunduk melihat lantai.

"Aku ada. Jangan risau, okay?" belakang tangan Diana diusap seakan memberi kekuatan pada gadis kesayangannya.

Diana menggigit bibir sebelum mengangguk lemah.

Ya, Diana akan tenang selagi ada Eddie di sampingnya.

Perlahan kaki Diana melangkah mengekori Eddie dari belakang. Sebaik saja memasuki pintu masuk istana, mata Diana sempat meliar di sekeliling ruangan istana tersebut. Dua tahun lamanya, namun tiada sebarang perubahan yang berlaku di dalam istana ini. Semuanya masih sama seperti dahulu.

"Are you ready?" soal Eddie setelah mereka tiba di hadapan pintu sebuah bilik.

Diana hanya diam tidak menjawab. Mulutnya terkunci kerana terlalu gemuruh. Apatah lagi setelah mendengar si pemilik suara dari dalam bilik tersebut yang membenarkan mereka untuk masuk ke dalam.

Gemuruhnya terasa sehingga naik ke kepala.

"Jangan takut, Diana. Dia minta kita datang ke sini sebab nak jumpa kau saja." Eddie cuba menenangkan Diana.

Dia tahu perasaan isterinya ketika ini.

"Tapi macam mana kalau dia tak dapat terima saya? Tengku tahu kan saya ni datang dari keluarga yang macam mana. Saya dan Tengku tak setaraf." luah Diana.

Eddie hanya senyum menggeleng kepala.

Isterinya ini buat muka gembira ke sedih ke cuak ke tetap comel di matanya.

"Kita jumpa dia dulu, okay?" pipi Diana disentuh lalu memulas tombol pintu dan memimpin Diana masuk ke dalam.

Sepanjang memasuki bilik itu, Diana hanya tunduk. Lengan Eddie pula dipeluk erat seakan meminta kekuatan.

"Abang Wilson." panggil Eddie setelah mereka berhenti di hadapan meja yang di duduki oleh Raja Wilson.

Diana masih setia menundukkan wajahnya pada lantai. Tiada kekuatan untuk Diana menatap wajah abang tiri Eddie.

Diana takut.

Dahulu, Raja Wilson pernah memberi amaran padanya agar jangan pernah bermimpi untuk bersama dengan lelaki seperti Eddie.

Diana sedar, darjatnya dan Eddie terlalu jauh berbeza.

Namun kerana cinta Diana melupakan semua itu. Eddie juga begitu.

DIANA Where stories live. Discover now