41|D I A N A

22.1K 962 172
                                    

Genap seminggu, Eddie dan Diana sudah kembali semula ke istana. Puas dipujuk oleh Diana, akhirnya Eddie terpaksa beralah dan terpaksa mengikuti permintaan Diana walaupun hatinya masih tidak rela untuk pulang ke sini.

Sejak akhir-akhir ini Eddie berasa jengkel apabila berada di istana. Dia tidak suka dengan suasana istana ini. Dan yang lagi menyakitkan, Eddie terpaksa berjauhan dari Diana. Berada di sini membuatkan Eddie tidak boleh menghabiskan masa bersama Diana sepertimana mereka berada di luar sebelum ini. Mahu memeluk gadis itu, menciumnya serta mahu bermanja sekejap pun Eddie rasa tidak puas.

Eddie mahukan Diana setiap masa.

"Tengku..."

Eddie sedikit tersentak dengan panggilan lembut itu. Wajah dipalingkan dan dia melihat Diana sedang berdiri di hadapan bilik wardrobe itu bersama senyuman manis.

Haih, macam manalah tak angau kalau tengok senyuman itu pun Eddie seperti di dalam syurga.

"Tengku dah siap dah? Saya dah bawakan breakfast untuk Tengku. Nanti Tengku makan ya. Saya nak kemas katil Tengku kejap." kata Diana dan mula berundur dari situ.

"Pakaikan aku ni." halang Eddie pantas menunjukkan tali leher biru tua di tangannya.

Kening Diana terangkat sedikit.

Pelik.

Selalunya boleh saja pakai sendiri.

Hmmm, datang lagi lahvmanja dia tu.

"Sayaaang, tolong aku pakaikan. Please." suara sengaja dimanjakan membuatkan kepala Diana menggeleng bersama tawa kecil.

Macam-macamlah anak raja sorang ni.

"Hmm, yelah. Sini saya tolong pakaikan tali leher untuk Tengku Eddie kita yang manja ni ya." Diana menapak ke arah Eddie yang berdiri di hadapan cermin besar itu lalu mengambil tali leher dari tangan Eddie.

Wajah Eddie hanya tersengih panjang.

Suasana menjadi sepi seketika sepanjang Diana mengikat tali leher pada kolar baju Eddie.

"Okay, done. Handsome nya suami saya ni." puji Diana senyum setelah selesai mengikat tali leher tadi.

Kedua belah bahu Eddie diusap lembut.

"My wife lagi cantik. Comel pula tu. Seksi. Rasa nak gomol setiap hari." setiap inci wajah Diana dicium bertalu-talu membuatkan gadis itu tertawa kegelian.

"I'm gonna miss you." tubuh Diana dipeluk erat.

Diana ketawa lagi.

"Mengadanya dia ni. Tengku nak pergi office je pun. Malam nanti balik lagi. Macam tak biasa pula." pinggang Eddie dicubit lembut.

"Aku dah tak biasa berjauhan dari kau. Rindu tahu tak? Ingat senang ke rindu-rindu orang ni?" cemberut wajah Eddie setelah dia meleraikan pelukan mereka.

"I miss you too, Tengku. Takpe. Malam nanti kita jumpa lagi kan? Dengan kerja bertimbun dekat office tu nanti tak terasa lama pun." pujuk Diana. Pipi Eddie dibelai.

"What if hari ni kau ikut aku. Kita jalan-jalan nak?" cadang Eddie dengan wajahnya yang bersinar.

"Tengku jangan nak buat hal ya? Nak muka tu masuk surat khabar macam hari tu ke? Saya ni kahwin senyap-senyap dengan anak raja paling famous dalam dunia tau. Nak paparazzi kejar awak ke Tengku Eddie?" Diana menggeleng kepala.

Macam-macamlah perangai Eddie hari ini.

Riak teruja Eddie tadi terus kendur.

"I don't care anymore. Kalau semua orang tahu pun bagus juga. Makin senang aku nak bawa kau keluar dari sini. Jadi kita boleh rasa macam mana kehidupan suami isteri yang sebenar. Sampai bila kita nak sembunyikan hubungan kita, sayang? Aku penat kalau hubungan kita terus jadi seperti ini." luah Eddie jujur.

DIANA Where stories live. Discover now