"Bersihkan dapur tu cepat. Sental sampai bersih. Kalau aku nampak masih kotor malam ni kau tidur dekat kandang kuda." arah Diana membaling kain buruk pada wajah Aubriella.
"Kalau saya buat esok boleh tak?" tanya Aubriella ketakutan memandang wajah bengis Diana.
"Arahan aku tadi macam mana? Aku suruh kau buat malam ni ke esok?" Diana bercekak pinggang memandang tajam ke arah gadis malang itu.
"Tapi saya rasa tak sedap badan. Saya nak rehat. Lagipun dapur tu terlalu luas untuk saya bersihkan sorang-sorang." beritahu Aubriella. Semoga saja kakak tirinya bersimpati.
"Kau ni bodoh ke apa? Soalan aku tadi aku mintak kau bersihkan dapur tu malam ini ke esok?!" jerkah Diana mengulang soalan tadi.
Hampir terkeluar jantung Aubriella mendengar suara nyaring Diana.
"M-malam ni." jawab Aubriela tergagap-gagap.
"Dah tu yang apa kaitannya dengan rasa tak sedap badan kau tu? Sekarang kau pergi dapur, bersihkan tempat tu sampai berkilat tak ada sedikit kotor dan debu sekalipun. Pergi!" arah Diana meninggikan lagi suaranya.
"Tapi kak-"
"Kau ni memang tak faham bahasa betul." belum sempat Aubriella memberikan alasannya, Diana terlebih dahulu memintas dengan menarik rambut gadis itu.
"Kak D, sakit." rintih Aubriella.
Diana mengheret Aubriella dengan menarik rambut gadis itu hingga ke ruangan dapur.
"Kak D. Lepaskan saya. Sakit." air mata Aubriella jatuh menahan kulit kepalanya yang pedih.
Diana terus menolak kepala gadis itu.
"Sekarang aku tak nak dengar apa-apa alasan dari mulut kau. Bersihkan cepat. Kau berani buka mulut lagi, aku koyak mulut kau." ugut Diana.
Aubriella hanya duduk terkulai lemah. Sungguh malang nasibnya sejak ayahnya meninggal dunia tempoh hari. Entah apa dosa yang Aubriella lakukan sehingga Diana dan Puan Janet menyeksanya begini.
"Menangis macam orang gila kat situ buat apa? Liat betul nak suruh buat kerja. Jangan jadi pemalas, menumpang kesenangan orang macam yang bapak kau buat." cemuh Diana. Gadis itu di pandangnya penuh rasa benci sebelum meninggalkan Aubriella di situ.
Hatinya puas. Api dendam dan marah sedikit reda melihat tangisan gadis itu.
"Diana?"
Panggilan serta sentuhan lembut pada bahu Diana mengejutkan gadis itu dari lamunan.
Diana pusingkan kepalanya ke belakang dan bibirnya serta-merta senyum melihat kehadiran Bonda Tya.
"Bonda Tya." panggil Diana lalu dia tunduk hormat.
"Jangan lah panggil ibu macam tu. Dekat sini mana ada orang. Panggil ibu saja." beritahu Bonda Tya senyum.
Diana tunduk malu. Lidahnya masih kekok untuk memanggil orang tua dihadapannya ini dengan panggilan ibu.
"Baik, ibu." Diana angguk malu.
"Good. Sedap telinga ibu dengar." bahu gadis itu diusap lembut.
Diana hanya senyum nipis.
"Diana buat apa di taman ni?" soal Bonda Tya melihat gadis itu hanya berdiri kaku dari tadi.
"Saja nak ambil angin sebelum Diana nak bersihkan sikit taman ni. Sayang macam tak ada orang jaga. Bunga-bunga dekat sini pun masih cantik dan segar lagi." jelasnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...