Hujan yang turun menghempap bumi seakan-akan turut menangisi perasaan Diana. Air matanya mengalir bersama setiap titisan hujan yang menyentuh pipinya.
Saat ini Diana seperti kehilangan separuh jiwanya. Puan Janet sudah meninggalkan Diana buat selama-lamanya.
Apa dosa yang dia telah lakukan sehingga nasibnya semalang ini? Satu persatu orang yang dicintainya pergi.
"Ibu, Diana dah mula rindu ibu." rintih Diana bersama tangisan. Batu nisan ibunya didekap erat seolah-olah dia sedang memeluk tubuh Puan Janet.
"Kenapa ibu pergi macam tu saja tanpa bagitahu Diana? Macam mana Diana nak teruskan hidup kalau ibu dah tak ada? Siapa lagi nak sayang Diana lepas ni? Diana tak ada orang lain selain ibu." luah Diana sedih.
Kini, hidup Diana seperti tidak membawa apa-apa makna lagi. Semua itu telah di bawa pergi oleh Puan Janet.
"Diana sayang, mari kita balik. Hujan ni. Nanti Diana sakit."
Diana dapat merasakan bahunya di sentuh lembut. Dia pusingkan kepala dan melihat Eddie bersama Bonda Tya sedang berdiri di belakangnya.
"Tak apa Bonda. Bonda dengan Tengku balik dulu. Saya boleh balik sendiri." beritahunya lalu menumpahkan pandangannya pada kubur Puan Janet semula.
Gambar Puan Janet pada kubur itu dibelainya. Kalau boleh dia mahu tidur di sini bersama Puan Janet. Pasti ibunya berasa kesunyian. Sama seperti hatinya saat ini.
"Jangan macam ni, Diana. Dah satu hari ni Diana belum rehat dan makan lagi. Bonda risau Diana jatuh sakit nanti. Esok bonda bawa Diana datang sini lagi, ya." Bonda Tya masih cuba untuk memujuk Diana lagi.
Kerisauan Bonda Tya pada Diana yang belum pulang ke istana setelah 3 jam majlis pengebumian Puan Janet menyebabkan dia mengajak Eddie berpatah balik ke sini semula untuk mencari gadis itu. Dan ternyata dugaannya benar. Diana masih setia di sini.
"Diana nak luangkan masa dengan ibu. Kasihan ibu sorang-sorang di sini. Diana okay. Kejap lagi Diana balik." beritahu Diana lagi. Dia masih belum mahu berpisah dengan ibunya.
"Jangan degil, Diana." tiba-tiba Eddie bersuara. Di renungnya gadis itu tajam.
Namun, Diana hanya diam membisu. Dia masih meratapi kesedihan di hadapan kubur ibunya.
"Diana Darian." panggil Eddie.
"Balik sekarang sebelum aku kerjakan kau di sini juga." arah Eddie. Suaranya yang garau juga kedengaran semakin tinggi.
Kebisuan gadis itu membuatkan Eddie bertambah geram.
Dasar keras kepala!
Diana masih juga tidak berganjak.
"Balik, Diana!" jerit Eddie.
Bonda Tya yang berada di sebelah Eddie terkejut mendengar jerkahan Eddie yang melawan suara guntur di langit. Namun tidak bagi Diana. Posisinya masih statik seperti tadi. Jerkahan lelaki itu sedikit pun tidak mengubah keputusan Diana untuk pulang ke istana.
"Eddie, sabar nak." tuturnya sambil mengusap lengan Eddie.
"Ibu pegang ni." Eddie memberikan payung yang dipegangnya kepada Bonda Tya.
Setelah payung bertukar tangan, Eddie terus bertindak menarik kasar lengan Diana sehingga gadis itu berdiri.
"Tengku buat apa ni?" Diana terkejut dengan tindakan mengejut Eddie. Pandangan tajam Eddie ke arahnya di lawan tanpa rasa takut.
"Eddie, jangan buat hal di sini." Bonda Tya pula bersuara. Macam dia tidak kenal anak lelakinya yang satu ini.
"Tengku Eddie!" jerit Diana terkejut sekali lagi apabila Eddie mendukung tubuhnya dan terus berjalan membawa Diana pergi dari situ.
YOU ARE READING
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...