2 tahun kemudian...
Baby breath flower yang telah di bungkus cantik di susun rapi di atas rak pada sudut kiri kedai itu.
Selesai saja menyusun dan mengemas setiap ruangan di dalam kedai itu, Diana bergerak ke hadapan untuk membuka pintu.
Papan tanda tertulis 'Closed' dipusingkan kepada 'Open'.
Bibir Diana menggaris senyuman puas bersama perasaan penuh harapan memandang kedai bunga yang sudah mula diusahakannya kembali sejak dia berpindah ke kampung ini semula.
Semoga pada hari ini rezekinya akan mencurah seperti hari-hari yang lepas. Dan semoga juga setiap bunga yang dia jual akan memberikan kegembiraan untuk pelanggan-pelanggannya.
"Diana, jom breakfast! Buat apa duk tersengih sorang-sorang dekat depan tu?" jerit Lin dari dalam.
Suara nyaring gadis itu menyedarkan lamunan Diana.
Kakinya terus melangkah masuk ke dalam semula dan menghampiri Lin di meja bulat yang sibuk menghidangkan sarapan mereka di atas meja.
"Pancakes?! Sedapnya. Macam tahu-tahu je aku lapar pagi-pagi ni." Diana jadi teruja melihat pancakes gebu yang kelihatan menyelerakan.
Punggungnya terus dilabuhkan di atas kerusi.
"Yelah kalau dah beberapa hari ni bos asyik mengadu lapar setiap pagi nak tak nak kena lah buat sarapan." balas Lin pula. Dia juga turut mengambil tempat di sebelah Diana.
Camomile tea panas dituangkan ke dalam 2 biji cawan dan salah satu cawan itu dihulurkan pada Diana.
"Baik betul pekerja kita sorang ni ya? Saaaayang dia." Diana peluk bahu Lin.
"Sayang je? Bagi lah bonus ke kasi gaji naik sikit ke hujung bulan ni. Penat tau kipas bos." cemberut wajah Lin.
"Wah wah wah. Tak ikhlas betul buat kerja. Ha ni dia bonus untuk kau." perut Lin dicubit membuatkan gadis itu terjerit kecil.
"Diana!" wajah Diana dijeling tajam sambil tangannya mengusap lembut bekas cubitan berbisa dari gadis itu.
"Padan muka!" suara tawa Diana memenuhi ruangan kedai tersebut. Terhibur pula dia dengan Lin hari ini.
Peha Diana ditampar bagi melepaskan geram.
Suka je dia kan. Lin menggeleng kepala.
"Mana yang lain ni? Tak sampai-sampai lagi." soal Lin setelah perasan kedai mereka kelihatan sunyi.
"Tadi Lucy ada call aku. Dia cakap dia lambat sikit hari ni sebab nak teman suami dia pergi klinik. Berapa hari dah demam tak kebah-kebah." jawab Diana sambil menikmati pancakesnya.
Lin hanya angguk.
"Si Emir kesayangan kau tu mana pula? Awal pagi tadi bukan aku nampak kau bawa dia sekali ke?" soal Lin lagi.
"Emir tu kalau dah jumpa dengan ayah dia mana lah nak kisah pasal aku ni lagi. Menempel saja dengan ayah dia 24 jam. Semalam ayah dia dah janji nak bawa pergi taman. Merengek tak sudah pagi tadi selagi ayah dia tak bawa dia pergi sana." jelas Diana.
"Eeee. Mengadanya." Lin ketawa kecil mengenangkan telatah manja anak kecil itu.
"Patutlah aku tak dengar suara budak kecik tu pagi ni." terasa kosong pula kedai ini tanpa suara dan telatah comel Emir yang sering menghiasi pagi-pagi mereka.
"Good morning, mummy!"
Suara dari muka pintu sama-sama mengejutkan Diana dan Lin.
"Ha, tu dah sampai dah. Panjang umur." Diana terus bangun.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...