Rak buku yang diperbuat dari kayu itu dilap penuh teliti sehingga tidak meninggalkan sedikit debu. Hari ni fokus Diana untuk mengemas sangat terganggu sehinggakan untuk mengelap rak buku itu saja mengambil masa 30 minit.
Tangannya bekerja namun fikirannya menerawang tentang kejadian malam tadi. Apa yang berlaku semalam, masih jelas dalam fikiran Diana. Sejurus selepas dia menyiram bunga di taman, seseorang telah cuba menculiknya. Apabila dia berjaya melarikan diri, belakang kepalanya dipukul dan selepas itu dia sudah tidak sedarkan diri.
Dan tiba-tiba pagi ini, Diana bangun dan dia berada di bilik tidurnya seperti tiada apa yang berlaku.
"Aku mimpi ke malam tadi?" soalnya sendiri.
Tapi kesakitan yang masih terasa di kepalanya, membuatkan Diana ragu-ragu dengan persoalan sendiri.
"Diana!"
Suara cemas Bonda Tya mengejutkan Diana.
Wanita itu terus mendapatkan Diana dan memeluk erat gadis itu.
"Diana tak apa-apa ke sayang? Ada sakit dekat mana-mana ke? Kalau ada bagitahu ibu. Nanti ibu panggilkan doktor." beritahu Bonda Tya dengan riak wajah risaunya.
Muka Diana dibelek ke kiri dan ke kanan untuk memeriksa kalau-kalau ada luka pada tubuh gadis itu.
"Diana okay, ibu. Jangan risau." jawab Diana blur.
"Eddie punya pasal lah ni. Kenapa Eddie suruh isteri Eddie ni pergi siram bunga tengah-tengah malam macam tu? Tengok apa dah jadi?" marah Bonda Tya memusingkan badannya ke belakang melihat Eddie.
Wajah lelaki itu kosong. Anak mata hazel Eddie bertaut pada anak mata Diana yang juga memandangnya.
"Apa yang dah jadi semalam?" soal Diana.
"Malam tadi Eddie jumpa Diana tak sedarkan diri di taman. Dia nampak ada orang nak cuba culik Diana. Nasib baik Eddie sempat selamatkan Diana." cerita Bonda Tya ringkas.
Dia terkejut mendengar cerita tentang Diana dari mulut Eddie. Jadi, Bonda Tya terus bergegas mendapatkan gadis itu.
Oh, jadi aku tak bermimpilah ni?
Diana cuma angguk kecil. Siapalah yang sanggup menculiknya yang tak laku ni? Kalau jual organ dia sekalipun, belum tentu orang nak.
"Ni budak bertuah nama Eddie ni, dah dia jumpa Diana pengsan di taman tu, dibawanya Diana pergi ke bilik Diana saja. Bukan nak hantar pergi hospital ke apa ke? Nasib baik Diana tak apa-apa." bebel Bonda Tya menjeling Eddie.
Oh, okay. Itu menjawab persoalan Diana kenapa bangun pagi tadi dia ada di bilik tidurnya sendiri.
Lelaki itu masih diam seperti tadi. Kosong dan tenang.
Diana juga diam mendengar bebelan Bonda Tya. Dia malas mahu masuk campur. Lagipun dia selamat dan masih hidup. Jadi kira okaylah tu.
"Eddie, sini." arah Bonda Tya. Suara wanita itu kedengaran tegas.
Eddie terus bergerak perlahan mendekati Bonda Tya dan Diana.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...