Kereta Range Rover milik Eddie diparkir dengan cermat di tempat letak kereta. Eddie dan Diana serentak membuka tali pinggang keledar untuk keluar dari perut kereta.
Namun sebelum pintu dikuak, Diana terlihat Eddie sedang mengenakan kaca hitamnya bersama face mask berwarna yang juga hitam.
Diana buat muka hairan melihat perlakuan Eddie.
"What?" soal Eddie apabila dia perasan dengan riak wajah yang ditunjukkan Diana kepadanya.
"Tengku buat apa tu? Dah macam criminal saya tengok." Diana masih pelik. Sempat kepalanya menggeleng kecil.
"I hate when papparazi follows me everywhere I go. Aku tak selesa." jelas Eddie sambil membetulkan face mask yang terletak di wajahnya di hadapan cermin kereta.
Diana terus ketawa besar.
"What so funny, Diana? Aku tak buat lawak pun sekarang." Eddie pandang Diana.
Gadis itu dilihat masih galak mentertawakannya. Geram pula Eddie dibuatnya.
"Tengku..."
Tangan Diana terus membuka kaca mata hitam di wajah Eddie.
"Tengku sekarang ada dekat kampung. Kampung yang sangat terpencil dari daerah lain. Bukan bandar. Tak ada paparazzi pun dekat sini." jelas Diana.
Dia faham kehidupan keluarga kerabat diraja Eddie selalu dikejar oleh media untuk dipaparkan kepada semua orang. Yalah, tengok saja keluarga kerabat diraja Eddie semuanya rupawan. Tak perlu cari contoh yang lain, lihat sajalah rupa paras Eddie.
Jadi mestilah keluarga mereka akan sentiasa menjadi perhatian media dan orang ramai.
Dari semua benda yang mereka lakukan, cara pemakaian, di mana tempat keluarga itu berkunjung, dengan siapa kelurga itu berkawan semua akan diperhatikan.
Kalau kehidupan Diana seperti itu pun, dia juga rasa rimas. Setiap gerak-gerinya diperhati sampai tak ada privasi langsung.
"Serius? Boleh percaya ke?" Eddie rasa kurang yakin.
"Ya. Betul. Tengku percayalah cakap saya. Ni kampung saya so saya tahu lah. Kalau Tengku nak tahu masa istana cari saya dulu, saya sembunyi dekat sini lah. Saya rasa selamat sangat." cerita Diana.
Eddie pandang Diana.
Oh jadi rupanya di sini Diana menyembunyikan diri sepanjang Eddie mencari keberadaan gadis itu selama ini.
"Lagipun orang-orang sini bukan kenal Tengku pun. Tengku cubalah tanya siapa keluarga kerabat Emmerson, diaorang akan geleng kepala sebab diaorang memang tak tahu dan tak mahu ambil tahu." terang Diana lagi.
"Orang sini tak suka baca magazine, tak ada media sosial macam dekat tempat Tengku tu."
Eddie mendecit sinis.
"Tipulah kalau diaorang tak kenal aku." Eddie sempat riak.
Diana memutarkan bola matanya ke atas.
Perasan. Macam lah dia famous sangat.
"Dah. Buka face mask Tengku tu. Kita keluar sekarang. Nanti tak sempat nak masak tengahari." ujar Diana lalu meloloskan diri dari perut kereta.
Sebaik saja kakinya menjejak tanah, Diana menghirup udara di situ sedalam yang boleh. Suasana pekan ini masih sama seperti dulu. Terubat sedikit rindunya.
Diana perasan Eddie masih belum keluar pun dari kereta. Jadi, kakinya melangkah menuju ke arah pintu kereta bahagian pemandu.
Tangan Diana membuka pintu kereta. Badannya terus membongkok sedikit menghadap Eddie.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIANA
RomanceCOMPLETED Diana Darian x Tengku Eddie Diseksa oleh kakak dan ibu tiri sendiri dan akhirnya berkahwin dengan putera raja adalah kisah milik Cinderella. Tetapi tidak kali ini. Kisah ini tentang Diana si kakak tiri Cinderella yang menderita kerana perb...